Utama Android Honor HONOR Watch GS 3 dilancarkan secara rasminya, Hadir dengan bateri tahan 14-hari

HONOR Watch GS 3 dilancarkan secara rasminya, Hadir dengan bateri tahan 14-hari

33
0

HONOR baru-baru ini telah melancarkan jam tangan pintar premium, HONOR Watch GS 3. Jam tangan ini mengetengahkan ciri estetika berbanding kelasakan seperti yang terdapat pada HONOR GS Pro.

Jam tangan ini menyediakan paparan AMOLED 1.43-inci dengan kecerahan 1000 nits, disaluti dengan kerangka logam rendah karbon dan mempunyai dua butang fizikal pada sisinya.

HONOR Watch GS 3 turut menawarkan sebilangan sensor merangkumi, pemantau paras oksigen dalam darah (SpO2), penjejak tidur, dan sensor 8 saluran kadar denyutan jantung berketepatan 97%. Ia juga kalis air sehingga 5 ATM dan mempunyai frekuensi GPS dwi-jalus untuk penjejakan senaman tanpa perlu memautkan pada telefon.

Jam tangan pintar HONOR baharu ini juga didatangkan dengan lebih dari 100 mod senaman, termasuk 10 mod sukan profesional dan mampu mengesan secara automatik enam aktiviti berbeza. Anda juga boleh menggunakannya untuk tujuan navigasi seperti ketika melakukan aktiviti berbasikal.

Untuk ketersambungannya, jam tangan ini turut menyertakan NFC untuk pembayaran nirsentuh, Bluetooth 5.0, dan satu pembesar suara dan mikrofon untuk membuat panggilan apabila ia dipautkan pada telefon.

Ia juga mempunyai satu pemain muzik dengan storan 4GB dan boleh juga menjadi butang pengatup (shutter) kamera. Bagaimanapun, fungsi pengatup ini hanya boleh beroperasi dengan sistem operasi HONOR Magic UI.

Bateri tahan 14 hari

Dikuasakan oleh cipset Apollo4, jam tangan ini dioperasikan LiteOS dan boleh digunakan bersama-sama peranti Android dan iOS. Ia dilengkapkan dengan bateri 451mAh yang membolehkan ia bertahan untuk digunakan selama 14 hari.

Cuma, ia hanya mampu bertahan sehingga 30 jam sahaja jika fungsi penjejakan GPS diaktifkan. Jam tangan ini juga boleh dicaskan dengan penyambung bermagnetik. Menurut HONOR untuk tempoh pengecasan lima minit sahaja, ia boleh digunakan untuk sepanjang hari.

HONOR Watch GS 3 didatangkan dengan pilihan warna Ocean Blue, Classic Gold, dan Midnight Black. Untuk dua varian warna iaitu Ocean Blue, dan Classic Gold, ia turut menampilkan tali jam diperbuat dari kulit Nappa pada harga CNY1499 (~RM986). Untuk pilihan warna hitam pula ia hanya mempunyai tali jam yang diperbuat dari silikon pada harga CNY1299 (~RM855).

Pra-tempahan kini telah dibuka China dan untuk pasaran lain, tarikhnya masih lagi diumumkan secara rasmi dari pihak HONOR.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.