Utama Android Honor HONOR Lancar Program Tukar Beli: Nikmati Rebat Segera RM300 Pada Setiap Pembelian...

HONOR Lancar Program Tukar Beli: Nikmati Rebat Segera RM300 Pada Setiap Pembelian Siri HONOR Magic5 Baharu!

165
0

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2023 – HONOR Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Program Tukar Beli yang membolehkan pengguna menukar telefon pintar lama mereka dan menikmati rebat segera RM300 pada setiap pembelian Siri HONOR Magic5 baharu. Tawaran eksklusif ini terdapat di Kedai HONOR Experience, Senheng dan Urban Republic.

Jika anda ingin menaik taraf penggunaan telefon pintar, Siri HONOR Magic5 merupakan pilihan tepat. Dilengkapi dengan ciri-ciri inovatif dan rekaan yang mengagumkan, siri ini membawa perubahan baharu dalam dunia teknologi telefon mudah alih.

Tukar Beli Siri HONOR Magic5

Tidak kira apa jua model telefon pintar yang anda miliki sekarang, program eksklusif ini terbuka kepada semua yang mahu menaik taraf kepada siri HONOR dan jimat BANYAK! Ayuh singgah ke Kedai HONOR Experience, Senheng, atau Urban Republic dan rebut tawaran terhad ini. Kemudian anda boleh dapatkan HONOR Magic5 atau HONOR Magic5 Pro (atau kedua-duanya) dan anda dapat menikmati rebat sebanyak RM300 serta-merta!

Jangan risau, sampai sahaja di kedai, kakitangan kami yang berdedikasi akan membantu anda melalui proses jual beli dan memilih HONOR Magic5 yang paling sesuai untuk anda. Sangat mudah bukan? Untuk maklumat lanjut tentang program ini, layari https://www.hihonor.com/my/shop/trade-in/ 

HONOR Magic5: Perubahan Baharu dalam Fotografi

Siri HONOR Magic5 menampilkan ciri-ciri revolusi yang menambah baik pengalaman fotografi anda. Dengan “Falcon Triple Main Camera System”, siri HONOR Magic5 dibanggakan oleh teknologi canggih dan terkini, memiliki kelajuan rakaman yang terpantas di pasaran dengan kecepatan dan ketepatan yang menakjubkan, membolehkan pengguna merakam detik-detik yang pantas dengan mudah dan jelas.

Keupayaan Milisecond Falcon Capture yang maju membolehkan anda memegunkan pergerakan dengan mudah, merakam dengan pintar detik-detik senyuman, lompatan dan larian, tidak perlu lagi menekan fungsi shutter berulang kali dan memilih foto secara manual.

Ucapkan selamat tinggal kepada kekecewaan disebabkan syot-syot yang terlepas dan imej yang kabur. Tidak kira seberapa pantas aktiviti sukan atau saat bergurau senda, HONOR Magic5 Pro memberi kuasa kepada pengguna merakam syot sempurna dengan ketepatan dan kelajuan yang menakjubkan.

Disebalik Millisecond Falcon Capture

Merakam subjek bergerak seperti pelari, penunggang basikal, penari dan sebagainya memerlukan masa yang tepat dan usaha yang mencukupi. Bagi mengatasinya, pasukan R&D HONOR membuat peningkatan besar terhadap simpanan (cache) imej HONOR Magic5 Pro, meningkatkan kapasitinya daripada 0.2 saat double cache kepada maksimum 1.5 saat. Simpanan imej yang diperbesarkan ini dibuat bagi memastikan jumlah imej yang banyak dapat disimpan di pintu belakang, membolehkan jurugambar membuat pilihan yang secukupnya.

HONOR Magic5 Pro juga menggabungkan kemajuan algoritma AI yang dibangunkan oleh pasukan R&D HONOR bagi meningkatkan kepintaran teknologi pengecaman AI. Kecemerlangan inovasi ini membolehkan peranti mengenal pasti imej terbaik secara pintar dalam imej yang dirakam secara burst, bermula satu saat sebelum dan berterusan 0.5 saat selepas fungsi shutter ditekan. Tiada lagi masalah terlewat ketika proses merakam, pengguna boleh merakam apa jua detik terbaik tanpa kompromi.Merakam pergerakan haiwan ada kalanya agak mencabar, namun tidak lagi dengan HONOR Magic5 Pro. Dengan revolusi teknologi Millisecond Falcon Capture, telefon pintar ini merakam pergerakan dengan ketepatan yang mengagumkan, membolehkan pengguna menyampaikan cerita yang menarik dan setiap pergerakan haiwan dengan kejelasan yang tiada tandingan dan kelajuan yang menakjubkan.

Direka untuk jiwa yang sukakan cabaran, HONOR Magic5 Pro didapati dalam dua warna menawan ialtu Meadow Green dan Black, sementara HONOR Magic5 dalam warna Glacier Blue dan Black. Diilhamkan oleh keajaiban dunia, warna-warna ini bukan hanya mencerminkan personaliti anda malah melengkapi gaya unik anda.

Terokai kuasa Siri HONOR Magic5 dan alami era baru fotografi telefon pintar yang melangkaui semua jangkaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.hihonor.com/my/shop/trade-in/ 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.