HONOR Pad 8 merupakan model terbaru tablet HONOR, menawarkan pengalaman hiburan tanpa batas dengan pelbagai ciri-ciri pintar. Dengan kembalinya Google Mobile Services (GMS), aplikasi muat turun dan kemas kini boleh dilakukan melalui Google Play Store, sudah tentu ini menggembirakan peminat.

HONOR Pad 8 dimuatkan lapan pembesar suara, teknologi HONOR Histen dan DTS:X® Ultra yang membolehkan tablet ini menghasilkan bunyi rancak dan dinamik 360°. Untuk pengetahuan, HONOR Pad 8 satu-satunya tablet dengan 8 pembesar suara dalam kelasnya.

Dari sudut hiburan, HONOR Pad 8 dilengkapi dengan paparan HONOR FullView perlindungan mata 2K 12 inci yang canggih serta nisbah skrin ke badan 87% untuk pengalaman tontonan mengasyikkan.

Piksel 2000×1200 dan 1.07 bilion warna membawa HONOR Pad 8 kepada satu tahap hiburan baru, menghasilkan kejelasan yang menakjubkan dan hue seakan dunia sebenar, sesuai untuk menonton filem dan menstrim video. Skrinnya diiktiraf Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan Pensijilan Flicker Free TÜV Rheinland, ia memberi keselesaan dan melindungi mata daripada risiko keletihan dan ketegangan disebabkan oleh cahaya biru dan silauan skrin. 

Bagi meningkatkan produktiviti, HONOR Pad 8 disokong oleh Multi-Windows Viewing, memisahkan skrin dan membuka sehingga 4 tetingkap serentak tanpa perlu menutup skrin lain. Selain itu, HONOR Pad 8 menyokong fungsi App Extender yang membolehkan pengguna melayari produk dengan lebih efisyen. App Extender kini disesuaikan untuk Lazada, Instagram, Shein, Booking.com dan banyak lagi.

Harga HONOR Pad 8 di Malaysia

Mengenai bateri, HONOR Pad 8 dimuatkan bateri besar 7250 mAh agar pengguna sentiasa berada dalam talian dan saling berhubung. Warna HONOR Pad 8, Blue Hour diinspirasi dari langit senja. Tablet ini ditawarkan dengan penstoran 6GB + 128GB pada harga RM 1,399.

Produk Harga Hadiah Percuma
Pra-Tempahan 18 hingga 26 Ogos 2022 Jualan Pertama Bermula 27 Ogos 2022 
HONOR Pad 8

(6GB+2GB) +128GB

 

RM 1,399 Tiada
  • Flip Cover HONOR Pad 8
  • Jaminan Lanjutan 1 Tahun

Tinggalkan komentar