KUALA LUMPUR, 7 September 2022 – Jenama teknologi global HONOR membawa pulang sebanyak 35 anugerah pada persidangan teknologi IFA 2022 yang berlangsung di Berlin, Jerman, Jumaat lalu. Ini julung kali HONOR tampil di persidangan tersebut sejak menjadi syarikat bebas.
Dalam ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd George Zhao menggariskan komitmen jenama tersebut terhadap inovasi dan kerjasama terbuka. “Sejak bebas, HONOR sentiasa bercita-cita untuk memberi sumbangan besar kepada industri untuk memberi masa depan yang lebih baik untuk semua. Bagi mencapai matlamat tersebut, kami kekal fokus dengan komitmen kami terhadap inovasi,” katanya.
Daripada 35 anugerah tersebut, 21 daripadanya milik HONOR 70 dalam pelbagai kategori dan pencapaian tersebut turut diiktiraf banyak teknologi media besar di peringkat antarabangsa yang mengangkat telefon pintar tersebut sebagai ‘Terbaik di IFA’. Agensi teknologi media terkemuka TechRadar melabelkan HONOR 70 sebagai antara telefon Android terbaik tahun ini.
Menurut agensi tersebut, HONOR 70 adalah telefon pintar menarik yang menawarkan spesifikasi baik pada harga jualannya, khususnya kamera, pemproses dan bahagian rekaan. Ini menjadikannya seperti telefon premium dalam kebanyakan cara.
Sementara media perniagaan antarabangsa terkemuka Forbes dalam satu artikelnya menyokong HONOR 70 sebagai peranti yang kukuh.
Bagi tablet terbaharu HONOR Pad 8 pula, ia diangkat sebagai peranti Terbaik di IFA oleh majalah muzik dan hiburan terkemuka Billboard di atas prestasi terbaik dalam hiburan audio dan video.
Pada persidangan IFA, HONOR melancarkan HONOR 70, HONOR Pad 8 dan juga HONOR MagicBook 14 2022 di peringkat global. Menurut GSMArena, HONOR berjaya mengukuhkan jenamanya dalam pasaran komputer riba dengan mengeluarkan komputer riba berkuasa yang menyaingi pesaingnya dan baru-baru ini dengan memperkenalkan HONOR MagicBook 14 2022.













