Utama Android Honor Siri HONOR Magic mendapat sambutan hangat, prapesan sekarang untuk hadiah percuma bernilai...

Siri HONOR Magic mendapat sambutan hangat, prapesan sekarang untuk hadiah percuma bernilai lebih RM2,200

230
0
HONOR Magic Series Hot Selling

KUALA LUMPUR, 10 April 2023 — Telefon pintar flagship terbaharu HONOR Magic5 Pro dan HONOR Magic Vs menerima sambutan hangat selepas pelancarannya di Malaysia. 

HONOR Magic5 Pro, dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 2 berserta kamera dan paparan terbaik. Peranti ini ditawarkan pada harga RM4,299 menjadi pilihan pertama ramai konsumer tempatan.

HONOR Magic Vs pula berjaya menawan hati peminat telefon boleh lipat di negara ini dengan revolusi engsel tanpa celah dan rekaan paparan yang praktikal. Selain itu, HONOR Magic Vs mempunyai jangka hayat bateri terpanjang dalam industri telefon boleh lipat bersama paparan dan prestasi berkelas tinggi. HONOR Magic Vs dijual pada harga RM5,999. 

Prapesan HONOR Magic5 Pro akan berlangsung sehingga 14 April dan pembeli yang prapesan peranti ini akan membawa pulang set hadiah bernilai lebih RM1,200 yang terdiri daripada pengecas kereta wayarlas HONOR SuperCharge 50W, Pembesar Suara Bluetooh Mudah Alih HONOR CHOICE, sarung HONOR Magic5 Pro, jaminan tambahan satu tahun dan perlindung retak skrin 180 hari.   

HONOR Magic Vs mencetuskan populariti kerana membawa revolusi dengan menghasilkan engsel tanpa celah dan reka bentuk paparan. Untuk prapesan, peminat akan membawa pulang hadiah percuma bernilai lebih RM2,200 iaitu Kopi Mesin NESCAFÉ Genio S Touch, sarung HONOR Magic Vs, jaminan lanjutan satu tahun dan perlindung skrin retak 180 hari.

Prapesan HONOR Magic Vs boleh dibuat menerusi laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Store, dan Pengedar Sah HONOR sebelum 14 April ini. Jangan terlepas untuk dapatkan tawaran menarik ini! 

Maklumat lanjut mengenai HONOR Magic Vs dan HONOR Magic5 Pro boleh layari https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.