Utama Android Honor HONOR Memperkenalkan ‘AI Defocus Eye Protection’ dan ‘AI Deepfake Detection’ Di MWC...

HONOR Memperkenalkan ‘AI Defocus Eye Protection’ dan ‘AI Deepfake Detection’ Di MWC Shanghai 2024

42
0

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2024 – Jenama teknologi global HONOR mengumumkan dua inovasi AI pada peranti yang meneraju industri yang dicipta untuk memperkasakan individu dan memperkenalkan tahap baharu keselamatan pengguna di MWC Shahghai 2024, semalam.

Pada ucaptama HONOR di MWC Shanghai 2024 bertajuk “The Human-AI Synergy: Intelligent Devices Will Empower People Better,” jenama tersebut mempersembahkan kemajuan terkininya dalam kepintaran buatan (AI) berciri kemanusiaan iaitu AI Defocus Eye Protection dan AI Deepfake Detection. Selain itu, HONOR juga menegaskan tumpuan ke arah AI pada peranti yang berciri kemanusiaan, serta keyakinan dalam potensi bagi perkakasan berkeupayaan AI untuk memperkasakan pengguna dengan menyediakan perkhidmatan pemperibadian sambil melindungi privasi pengguna. 

“AI merevolusikan kehidupan kita dan memandu industri telefon pintar ke hadapan, tetapi industri lebih bertumpu ke arah AI yang berteraskan awan, yang merupakan sebahagian daripada keseluruhan keupayaan AI ini. AI pada peranti yang beroperasi pada telefon pintar memahami kami dengan lebih baik berbanding peranti lain dan berupaya memberikan perkhidmatan yang diperibadikan kepada kami dan kemahuan kami secara unik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co., Ltd., George Zhao.  

“Di HONOR, kami percaya bahawa AI pada peranti mempunyai potensi untuk memperkasakan pengguna dan menjadi lebih berupaya dalam apa saja yang mereka lakukan. Kami mempelawa para pemain industri untuk menyertai kami bagi menerokai potensi AI pada peranti yang belum diketahui,” tambah Zhao. 

Teknologi perlindungan mata yang sentiasa berevolusi daripada pencegahan ke pemulihan

Merujuk kepada peningkatan kes rabun jauh global akibat penggunaan skrin pada jangka masa panjang, teknologi AI Defocus Eye Protection memanfaatkan AI bagi meniru cermin mata nyahfokus pada paparan peranti pintar. Cermin mata nyahfokus penting kepada kesihatan mata kerana direka untuk mendorong nyahfokus terkawal dalam bidang visual persisian pengguna bagi membantu mengekalkan penglihatan berpusat yang jelas. 

Efek ini akan mewujudkan persepsi visual terubah yang memperlahankan proses lekangan retina, yang mengakibatkan rabun jauh. Daripada perlindungan mata kepada pencegahan sehinggalah ke ciptaan teknologi yang boleh membawa kelegaan kepada pengguna, AI Defocus Eye Protection HONOR telah berjaya mengurangkan rabun sementara sebanyak 13 darjah selepas membaca selama 25 minit, dengan segelintir pengguna mengalami pengurangan maksimum sebanyak 75 darjah.

Mengurangkan Penipuan dengan AI Deepfake Detection 

Bagi mengelakkan penipuan dan mengesan kandungan yang dimanipulasi secara digital, AI Deepfake Detection memeriksa maklumat dari bingkai ke bingkai seperti pandangan mata, pencahayaan, kejelasan imej, dan video ulang semula untuk mengenal pasti kecacatan yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar. 

Selain itu, ciri AI Deepfake Detection telah diuji latih melalui set data besar video dan imej yang berkaitan dengan penipuan rangkaian, membolehkan AI menjalankan identifikasi, saringan, dan perbandingan dalam masa tiga saat. Sekiranya ciri ini dapat mengesan kandungan yang sintetik atau telah diubah suai, satu amaran risiko akan dikeluarkan kepada pengguna bagi menghalang mereka daripada terlibat dengan sebarang individu atau aktiviti yang berpotensi sebagai tipuan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.