BERLIN, JERMAN, 5 September 2022 – HONOR telah memperkenalkan tiga produk baharu iaitu HONOR 70, HONOR MagicBook 14 2022 dan HONOR Pad 8 di pentas IFA pada Sabtu lalu selepas melancarkan peranti tersebut di Malaysia pada 18 Ogos lalu.

Susulan itu, HONOR 70 dinobatkan penerima anugerah Pembelian Telefon Pintar Terbaik 2022-2023 oleh Expert Imaging and Sound Association (EISA) di atas kecemerlangannya berdasarkan pengalaman daripada pengguna. Menurut EISA, HONOR 70 menawarkan kualiti fotografi terbaik dalam kelasnya, menampilkan kemasan moden yang nipis dengan lengkung yang lembut, juga mengatasi tahap harga. Ini adalah pencapaian yang luar biasa daripada HONOR.

EISA adalah komuniti pakar yang terdiri daripada lebih 60 majalah pengguna elektronik yang paling dihormati, laman sesawang dan media sosial terkenal dunia dari 29 negara.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR: Fokus pada Inovasi

“Sejak awal penubuhan, HONOR sentiasa bercita-cita untuk menyumbang besar kepada industri demi masa depan yang lebih baik untuk semua. Bagi mencapai sasaran itu, kami memberi tumpuan sepenuhnya dengan komitmen untuk berinovasi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co Ltd, George Zhao.

Zhao berkata, HONOR berharap untuk menyediakan pilihan menarik untuk pengguna di peringkat antarabangsa yang mencari pengalaman premium di pasaran.

HONOR 70: Teknologi Estetik

HONOR 70 direka untuk memberi pengalaman fotografi terbaik dan merupakan edisi terbaharu HONOR dalam kalangan telefon pintar Siri Nombor yang mewah. Peranti bergaya itu mempertaruhkan Dwi Kamera Utama berkuasa yang terdiri daripada Kamera Utama Penderiaan Super 54MP dengan Penderia IMX800 1/1.49 inci yang besar serta kamera Makro dan Ultra Lebar 50MP.

Telefon pintar ini didatangi dengan mod Solo Cut yang memudahkan pengguna menghasilkan Vlog dengan memfokuskan kepada individu tertentu yang berada dalam satu kumpulan melalui teknologi Person Re-identification Technology. HONOR 70 merekod dua video secara serentak dengan salah satu video fokus kepada subjek tunggal sementara satu lagi merakam gambaran keseluruhan.

HONOR 70 juga telefon pintar Siri Nombor pertama yang mengguna Android 12 terbaharu yang bersesuaian dengan HONOR Magic UI 6.1. HONOR 70 ditawarkan dalam pilihan warna menarik Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black.

HONOR MagicBook 14 2022: Pakar Prestasi

HONOR MagicBook 14 terbaharu ini adalah komputer riba pertama HONOR yang menggunakan OS Turbo dan kelebihannya ialah jangka hayat bateri yang ditambah baik sehingga 20.8% berbanding model terdahulu. Komputer riba ini dimuatkan dengan bateri 75W yang mampu bertahan sehingga 17 jam dalam mod siap sedia dan menyokong pengecasan pantas sehingga 3.5 jam untuk perisian berfungsi selepas 15 minit mengecas.

HONOR MagicBook 14 juga mempunyai mod prestasi 70W yang menerajui dalam industri komputer riba 14-inci. Ia dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ i5-12500H Generasi ke-12 dan boleh dikonfigurasikan dengan kad grafik khusus NVIDIA® GeForce RTX™ 2050, menawarkan prestasi pantas yang luar biasa sama ada bekerja di pejabat atau permainan di rumah.

HONOR Pad 8: Pawagam di Tangan

HONOR Pad 8 menggabungkan paparan FullView HONOR 2K 12 inci yang menampilkan 87% nisbah skrin ke badan serta menyokong resolusi 2000×1200 piksel dan 1.07 bilion warna. Menariknya, tablet ini menampilkan 8 pembesar suara dalaman terbaik untuk memberi pengalaman multimedia mengasyikkan selain mudah untuk dibawa ke mana-sahaja sahaja.

Ianya dikendalikan oleh HONOR Magic UI 6.1 dengan Google Play Services. HONOR Pad 8 dilengkapi bateri berkapasiti tinggi 7,250 mAh untuk pengunaan sepanjang hari bagi membolehkan pengguna kekal berhubung sepanjang masa.

Tinggalkan komentar