KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2022 — Selepas pelancaran besar-besaran HONOR 70 baru-baru ini, rakyat Malaysia sudah tidak sabar memiliki telefon pintar mercu terbaharu HONOR.

Diangkat sebagai “kamera telefon pintar terbaik” dalam lingkungan harga RM2,000, HONOR Malaysia secara rasmi mengumumkan jualannya di seluruh negara pada 27 Ogos ini. Peminat yang membeli HONOR 70 semasa tempoh ini layak menerima hadiah bernilai RM298 yang terdiri daripada sarung HONOR 70 dan jaminan lanjutan setahun.

HONOR 70 – Kamera Penderiaan Super IMX800 – Rakaman Terbaik Pada Setiap Masa, Di Mana Jua

Menggunakan sistem kamera dwi utama, HONOR 70 menampilkan Kamera Penderiaan Super IMX800 yang pertama dalam industri, menghasilkan gambar berdefinisi tinggi yang mengagumkan, sesuai untuk apa jua keadaan.

Gambar diambil oleh Faliq Fahmie

HONOR 70 memiliki sistem Kamera Dwi Utama terbaik dengan menampilkan Computational Photography pertama dalam industri yang dikuasakan oleh AI dan system pengimejan HONOR tersendiri iaitu HONOR Image Engine untuk menghasilkan rakaman dan imej yang menakjubkan dan berdefinisi tinggi dengan gaya unik dan konsisten. HONOR 70 ditawarkan dalam warna Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black.

Penggemar fotografi kini boleh mengenal pasti ciri-ciri penting untuk menangkap gambar yang jelas dan terbaik. Peminat HONOR 70 juga pastinya teruja dengan tawaran pelan ansuran 12 bulan serendah RM166.60 sebulan, menjadikannya lebih mudah untuk dimiliki. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang HONOR Malaysia https://www.hihonor.com/my/

Tinggalkan komentar