Realme 3 dilancarkan ke pasaran Malaysia hari ini dengan harga jualannya bermula dari RM599. Telefon pintar ini akan mula dijual pada 6 April 2019

Untuk spesifikasi, telefon pintar ini menawarkan kuasa pemprosesan cipset MediaTek Helio P60 bersama-sama bateri yang berkapasiti 4,230mAh. Terdapat dua pilihan konfigurasi storan dan memori, iaitu RAM 3GB / ROM 32GB atau RAM 4GB / ROM 32GB.

Sistem operasi yang digunakan merupakan ColorOS 6 UI yang berasaskan Android 9.0 Pie. Dibina berasaskan saiz kerangka 6.2-inci, telefon pintar ini menyediakan paparan bertakuk HD+ dengan kamera hadapan 13MP. Bahagian belakangnya pula menyediakan kamera utama konfigurasi dwi-kamera 13MP + 2MP bersama-sama penderia cap jari.

Hadir dengan tiga pilihan warna – Classic Black, Dynamic Black dan Radiant Blue, Realme 3 dijual pada harga berikut mengikut konfigurasi memori dan storannya;

  • RAM 3GB/ ROM 32GB = RM599
  • RAM 4GB/ ROM 64GB = RM699

Realme 3 mula dijual di pasaran Malaysia bermula 6 April 2019 ini.

Sumber berita diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar