Utama Laptop Acer Acer Predator Triton 500 kini di Malaysia; Harga Bermula dari RM6,799

Acer Predator Triton 500 kini di Malaysia; Harga Bermula dari RM6,799

1011
0

Dua bulan selepas kemunculannya di CES 2019, Acer akhirnya membawakan laptop khusus permainannya, Predator Triton 500 ke Malaysia. Menggabungkan rekaan anggun dengan prestasi yang menakjubkan, Acer menyatakan Triton 500 merupakan laptop paling nipis yang dilengkapi dengan grafik Nvidia GeForce RTX.

Melalui tawaran pilihan grafik sehingga GeForce RTX 2070, Triton 500 di Malaysia turut menawarkan pilihan pemprosesan tertinggi sehingga Intel Core i7-8750H. Laptop ini kesemuanya hadir dengan pemacu berkeadaan pepejal (solid state drive, SSD) NVME PCIe 512GB dalam mod RAID 0 dan RAM DDR4-2666 16GB.

Tidak ketinggalan, Triton 500 turut menawarkan panel IPS Full HD 15.6-inci dengan kadar segar semula 144Hz dan sokongan untuk teknologi NVIDIA G-Sync.

Selain itu, ia turut dilengkapkan dengan tiga pasang kipas 3D Acer Aeroblade Generasi Keempat – satu untuk CPU dan dua lagi untuk GPU. Selain dari kipas yang berkeupayaan menyediakan pengudaraan 45 peratus lebih baik dari kipas konvensional, laptop ini disertakan dengan 5 paip haba untuk membantu menyejukkannya.

Butang Turbo turut disediakan bagi memudahkan pengguna melakukan overclock dengan segera. Oleh kerana laptop ini hadir dengan pemprosesan grafik GeForce RTX, pembeli turut layak mendapatkan permainan-permainan seperti Battlefield V, Anthem, atau Metro: Exodus secara percuma sebagai sebahagian dari program Triple Threat NVIDIA RTX.

Untuk Predator Triton 500 yang dilengkapkan dengan Intel Core i5-8300H dan NVIDIA GeForce RTX 2060, harga jualan yang disarankan adalah RM6,799. Manakala yang hadir dengan Intel Core i7-8750H dan  NVIDIA GeForce RTX 2060 harganya adalah RM7,599. Seterusnya, bagi model yang menggunakan laptop NVIDIA GeForce RTX 2070 Max-Q bersama-sama pemprosesan Intel Core i7-8750H dan harganya adalah RM8,699.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.