Utama Mobile Aplikasi Grab naikkan Kadar Waktu Puncak di Lembah Klang untuk upah yang lebih...

Grab naikkan Kadar Waktu Puncak di Lembah Klang untuk upah yang lebih setimpal ketika Kesesakan Jalan Raya

657
0

Penyedia perkhidmatan seru pandu Grab mengumumkan kenaikan tambang waktu puncak bagi perkhidmatannya khusus di Lembah Klang untuk memberikan insentif yang lebih setimpal untuk pemandunya. Turut diperkenalkan insentif baharu seperti Far Pickup Bonus dan Hourly Cashback.

Perubahan struktur tambang di Lembah Klang pada waktu puncak ini mula dilaksanakan pada hari ini. Ia berujuan membolehkan para pemandu seru-pandu menerima kadar yang sewajarnya dalam keadaan menghadapi kesesakan trafik yang kian meruncing kebelakangan ini.Grab-Peak-Hour-Tambang Lembah Klang 1

Kadar tambang bagi setiap minit telah meningkat dari RM0.20 kepada RM0.43, manakala kadar per kilometer pula diturunkan dari RM0.70 kepada RM0.25. Ini bagi memastikan kadar tambang kekal sama ketika waktu biasa, namun akan meningkat sedikit-demi-sedikit ketika waktu puncak.Grab-Peak-Hour-Tambang Lembah Klang 2Grab-Peak-Hour-Tambang Lembah Klang 3

Bagi memberikan kadar yang lebih berbaloi lagi buat pemandu-pemandunya, Grab telah memperkenalkan insentif-insentif baharu. Far Pickup Bonus diperkenalkan bagi menggantikan insentif Time Booster sebelum ini. Ia menawarkan kadar pampasan RM0.25 hingga RM0.35 bagi setiap minit selepas 5 minit menunggu ketika mengambil penumpang.Grab-Peak-Hour-Tambang Lembah Klang 4Grab-Peak-Hour-Tambang Lembah Klang 5

Insentif Hourly Cashback pula memberikan ganjaran kepada pemandu dengan penggandaan pulangan tunai berdasarkan jumlah perjalanan yang diselesaikan dari minggu sebelumnya. Bagaimanapun, perkhidmatan lain seperti JustGrab untuk pergi dan balik dari KLIA, MyDestination, dan juga pemandu teksi Grab tidak layak untuk menerima insentif ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.