Utama Mobile Aplikasi Google akan membawakan Pengiklanan Video pada YouTube Shorts

Google akan membawakan Pengiklanan Video pada YouTube Shorts

597
0

Google baru-baru ini telah mengumumkan akan memperkenalkan iklan di dalam YouTube Shorts secara berperingkat ke seluruh dunia menerusi acara Marketing Live.

Kemaskini ini hadir tidak lama selepas syarikat enjin carian berkenaan memulakan pengujian cecahan pengiklanannya yang bermula tahun lepas. Para pengiklan kelak boleh melihat iklan-iklan mereka secara automatik dimasukkan ke dalam Shorts apabila kempen iklan bagi video dan aplikasi mereka diaktifkan.

Iklan-iklan berkenaan yang dipaparkan dalam bentuk “menarik secara visualnya” ini juga boleh diakses oleh semua pengguna. Bagaimanapun, ciri ini hanya terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini dan Google masih lagi belum mengumumkan bilakah ciri ini akan diperkenalkan kepada pengguna lain di seluruh dunia.

Iklan video ini boleh dikenalpasti melalui satu lencana berwarna kuning dengan label “ad” bagi memaklumkan pengguna kandungan yang sedang ditonton adalah iklan. Iklan berkenaan juga disusuli dengan keterangan ringkas mengenai iklan tersebut bersama-sama nama dan akaun pengiklan tersebut dan butang “Shop Now” dengan satu karusel (carousel) produk-produk yang boleh disemak imbas oleh pengguna.

Ciri-ciri iklan yang ditawarkan pada YouTube Shorts ini mirip dengan platform-platform rangkaian media sosial lain seperti TikTok. Pengguna pada kebiasaannya akan ditayangkan produk-produk yang diiklankan pada platform berkenaan secara berselingan dengan video-video tanpa perlu keluar dari platform.

YouTube Shorts kini menjana sekitar 30 billion tontonan setiap hari, empat kali lebih banyak dari tahun lepas. Jadi, tidak hairanlah YouTube memanfaatkannya melalui pengiklanan.

Menerusi hantaran di dalam blognya, Google memaklumkan kemaskini ini dijangka mampu menarik minat para pengiklan kerana di masa akan datang bakal memberikan penyelesaian jangka panjang untuk pengewangan (monetization) dengan penggiat karya. Buat masa ini, para pengkarya tidak akan menerima pendapatan dari iklan-iklan yang ditayangkan di dalam YouTube Shorts.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.