Utama Garmin Garmin Memperkenalkan Lampu Radar Belakang Varia RCT715 dengan Kamera Terbina Dalam

Garmin Memperkenalkan Lampu Radar Belakang Varia RCT715 dengan Kamera Terbina Dalam

165
0

Kuala Lumpur, 2 Julai 2024 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan radar belakang Varia RCT715 dengan kamera dan lampu belakang. Direka untuk memberikan ketenangan fikiran kepada penunggang basikal pada bila-bila masa, siang atau malam, Varia RCT715 merakam video yang jelas dan tajam semasa menunggang sambil masih menyediakan teknologi radar terkini.

“Selama bertahun-tahun, penunggang basikal di seluruh dunia telah mempercayai radar belakang Varia kami untuk meningkatkan kesedaran mereka terhadap kenderaan yang menghampiri semasa menunggang, dan kami amat gembira untuk menambah RCT715 baru kepada barisan produk keselamatan berbasikal yang ‘mesti ada’.

Kini pengguna boleh keluar menunggang basikal dengan rasa yang lebih selamat apabila lampu belakang radar Varia RCT715 akan memberitahu kereta yang menghampiri tentang kehadiran penunggang. Kamera terbina dalamnya akan merakam persekitaran pengguna secara berterusan serta menyediakan bukti video jika mereka memerlukannya,” menurut Encik Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia.

Ciri-ciri baharu yang diperkenalkan pada Varia RCT715:

  • Kamera terbina dalam: Merakam rakaman yang jelas pada hingga 1080p/30 fps semasa menunggang.
  • Rakaman insiden automatik: Jika insiden dikesan, rakaman video sebelum, semasa, dan selepas kejadian akan disimpan secara automatik.
  • Fungsi tambahan aplikasi Varia: Akses rakaman video dengan mudah, pindahkan video atau sesuaikan tetapan kamera, seperti overlay data.

Di mana-mana sahaja, atau bila-bila masa penunggang basikal menunggang, Varia RCT715 terus menyediakan ciri keselamatan berbasikal Garmin yang tiada tandingan, termasuk:

  • Kesedaran maksimum: Pemberitahuan visual dan audio memberi amaran mengenai kenderaan yang menghampiri dari belakang, sehingga 140 meter jauhnya.
  • Penglihatan yang unggul: Lampu belakang boleh dilihat sehingga satu batu jauhnya, yang boleh memudahkan pemandu melihat penunggang basikal sebelum radar melihat kenderaan.

Dengan pelbagai pilihan pemasangan, Varia RCT715 boleh digunakan dengan komputer berbasikal Garmin Edge yang serasi, jam tangan pintar Garmin, atau aplikasi peranti pintar Varia. Apabila dipasangkan dengan telefon pintar yang serasi, ia berintegrasi dengan aplikasi pihak ketiga terpilih, seperti Ride with GPS, untuk membolehkan penunggang basikal overlay peta mereka dengan pemberitahuan radar belakang.

Varia RCT715 mempunyai masa hayat bateri sehingga 4 jam dengan radar dan lampu belakang dalam keadaan tinggi atau berkelip malam dan sehingga 6 jam dengan radar dan lampu belakang dalam keadaan berkelip siang – semuanya dengan kamera merakam secara berterusan pada 1080p. Varia RCT715 mempunyai harga runcit yang dicadangkan sebanyak RM2,110. Tersedia di e-store Garmin, Shopee, Lazada, e-store AECO, Kedai Jenama Garmin dan semua peruncit yang sah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.