Utama Perkakasan Qualcomm Pemprosesan Baharu Selepas Qualcomm Snapdragon 8 Elite Mungkin Akan Dilancarkan Lebih Awal

Pemprosesan Baharu Selepas Qualcomm Snapdragon 8 Elite Mungkin Akan Dilancarkan Lebih Awal

78
0

Qualcomm biasanya mengumumkan cip mudah alih utama baharunya menjelang akhir tahun. Untuk dua tahun kebelakangan ini, ia berlaku pada penghujung Oktober. Walau bagaimanapun, terdapat maklumat tertiris yang mendakwa bahawa cip mudah alih mercu keluaran berikutnya oleh syarikat berkenaan mungkin akan diumumkan lebih awal.

Menurut Digital Chat Station di media sosial China, Weibo, pembangunan ‘pewaris’ kepada Qualcomm Snapdragon 8 Elite berada di dalam peringkat pembangunan yang agak maju. Ini mungkin bermakna tarikh pengumumannya dijangka lebih awal, namun tiada butiran lanjut diberikan.

Cip utama Qualcomm yang seterusnya ini dikatakan mempunyai nombor model SM8850, dan ia dibuat menggunakan proses 3nm TSMC. Sumber tersebut juga mendakwa bahawa prestasi GPU akan dipertingkatkan dengan ketara.

Beberapa peranti telah pun menggunakan pemprosesan Snapdragon 8 Elite, termasuk HONOR Magic7 RSR Porsche Design, yang turut mempunyai RAM 24GB dan storan 1TB. Beberapa jenama lain seperti realme, ASUS ROG dan Redmagic juga menggunakan cip ini dalam peranti mereka. Selain itu, OnePlus Open 2 juga dijangka akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Elite.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.