Samsung Galaxy Z Fold 5 dan Z Flip 5 secara rasminya telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada Jumaat, 18 Ogos 2023. Bersempena pelancaran telefon pintar boleh lipat generasi kelima ini, Samsung Malaysia turut mengadakan promosi yang menawarkan ganjaran sehingga RM1,499.
Bagi anda yang membuat pembelian Samsung Galaxy Z Fold 5 atau Z Flip 5, pelbagai tawaran menarik disediakan oleh Samsung Malaysia.
Promosi Samsung Galaxy Z Fold 5 dan Z Flip 5 Malaysia
- Percuma Galaxy Watch 5 Bluetooth 40mm (Bernilai RM899)
- Potongan pembelian dengan pembelian (PWP) 40% untuk Samsung Accessories, Samsung Care+, siri Galaxy Tablet, Galaxy Watch dan Galaxy Buds
- Rebat tukar beli RM600
Promosi pelancaran ini ditawarkan bermula dari 18 Ogos sehingga 31 Ogos 2023.
Harga Galaxy Z Fold 5 dan Flip 5 di Malaysia
- Samsung Galaxy Z Fold 5, RAM 12GB, storan 256GB – RM6,799
- Samsung Galaxy Z Fold 5, RAM 12GB, storan 512GB – RM7,299
- Samsung Galaxy Z Fold 5, RAM 12GB, storan 1TB – RM8,299
- Samsung Galaxy Z Flip 5, RAM 8GB, storan 256GB – RM4,499
- Samsung Galaxy Z Flip 5, RAM 8GB, storan 512GB – RM4,999
Galaxy Z Fold 5 hadir dengan pilihan warna Icy Blue, Phantom Black dan Cream. Bagi anda yang berminat dengan pilihan warna yang unik, anda boleh mendapatkan warna eksklusif dalam talian iaitu Gray dan Blue.
Dalam pada masa yang sama Z Flip 5 ditawarkan dengan pilihan warna Mint, Lavender, Cream dan Graphite dengan pilihan warna eksklusif dalam taliannya terdiri daripada Gray, Blue, Green dan Yellow.