Utama Mobile Format kad memori terbaru, SD Express mampu tampung kapasiti hingga 128 TB

Format kad memori terbaru, SD Express mampu tampung kapasiti hingga 128 TB

1615
0

Sekeping kad mikro SD pada suatu masa nanti mampu menampung keseluruhan kandungan koleksi fail video dan foto anda, tak kira sebesar mana pun saiz fail berkenaan. SD Association (persatuan yang bertanggungjawab menetapkan piawaian kad memori) baru-baru ini telah mengumumkan format terbaru yang dikenali sebagai SD Express, yang mana boleh menempatkan antaramuka PCI Express dan NVMe pada kad memori.

Kadar pemindahan datanya pula turut dipertingkatkan sehingga mampu mencapai kadar 985 Mbps. Lebih menarik, format terbaru ini turut menaikkan had maksimum kapasiti kad memori SD dari 2 TB kepada 128 TB – lagi besar dari kapasiti kebanyakan hard disk yang dijual dipasaran pada masa ini.

Ini bermakna, anda mampu memuatkan sehingga lebih dari 25,000 fail filem HD ke dalam sebuah kad memori SD. Atau, bersamaan 256 juta foto bersaiz 500 kB. Atau bersamaan 25.6 juta lagu – tambah lagi sekeping dah sama besar dengan jumlah lagu yang ada kat Spotify sekarang ni, 35 juta judul lagu.

Secara praktikalnya, kad memori SD yang mempunyai kapasiti besar dan kadar pemindahan tinggi pastinya dapat dimanfaatkan pada pembikinan rakaman video berkualiti tinggi, 4K, 8K mahupun VR.

Apa yang perlu diketahui, had maksima kapasiti 128 TB ini hanyalah had berdasarkan teori. Ini kerana, nak jumpa kad memori 1 TB pun bukan senang dan 512 GB pula harganya mencecah ribuan ringgit. Justeru, bila tiba masanya kapasiti 128 TB hadir ke pasaran kelak, mungkin hanya segelintir pengguna yang terlalu kaya sampai ada simpan cash juta-juta dalam rumah je yang mampu membelinya.

Itupun tengok juga pada keadaan masa tu kot silap-silap lot kad memori SD atau mikro SD pun dah tak wujud kat laptop.

Sumber berita diperoleh dari SD Association

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.