Utama Mobile Aksesori SanDisk dedahkan kad memori SDXC 1TB pertama di dunia

SanDisk dedahkan kad memori SDXC 1TB pertama di dunia

1535
0

Kini, kad memori SD pun mengikut jejak langkah peranti storan lain apabila telah mencecah ke paras 1 terabyte. SanDisk bersama-sama syarikat induknya, Western Digital telah mendedahkan kad SDXC 1 TB terbaru. Menandakan era baru kad memori kecil yang berkapasiti sangat besar.

Prototaip kad memori berkenaan telah pun didedahkan pada Photokina 2016 yang berlangsung di Cologne, Jerman. Pengumuman ini hadir selepas 16 tahun SanDisk mendedahkan kad SD berkapasiti 64 megabyte yang pertama seumpamanya di dunia. Kurang dari dua dekad kemudian, kita kini mampu memuatkan hampir 16,000 kali data pada kad memori yang sama saiznya itu.

Dua tahun lepas, juga di Photokina, SanDisk telah mendedahkan kad SDXC berkapasiti 512GB dan seterusnya menjadi kad memori SD paling besar kapasitinya di dunia pada ketika itu.

Western Digital turut menjelaskan kad memori SanDisk 1 TB ini bertujuan memenuhi keperluan teknologi terkini yang merangkumi foto beresolusi tinggi ultra, video 4K, realiti maya, video 360 darjah dan rakaman video pemantauan.

Sehingga kini masih belum diumumkan bila kad memori ini akan hadir ke pasaran berserta harga jualannya. Sebagai rujukan, kad memori SDXC berkapasiti 512 GB yang hadir pada 2014 lalu telah dijual pada harga sekitar $800 (lebih kurang RM 3309)

Sumber berita diperoleh dari The Verge

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.