MANILA, Filipina, 8 November 2022 /PRNewswire/ — Festival Teknologi Kewangan Filipina (Philippine Fintech Festival, PFF)-Festival Teknologi Kewangan Dunia-(World FinTech Festival, WFF) Filipina sulung yang berlangsung sepanjang minggu menonjolkan ASEAN sebagai penjana global untuk para penginovasi dengan penyertaan daripada 200 pemimpin kerajaan dan industri antarabangsa. PFF memulakan Bulan Teknologi Kewangan ASEAN, mencapai kemuncaknya dengan Festival Teknologi Kewangan Singapura yang melabuhkan tirainya baru-baru ini iaitu pada 4 November. Menghimpunkannya ialah Digital Pilipinas, pergerakan yang dipimpin oleh sektor swasta terbesar yang berjuang untuk meningkatkan teknologi negara, dengan kerjasama Elevandi, diasaskan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk mendorong dialog sektor-awam-swasta demi kemajuan Teknologi Kewangan.
Penolong Setiausaha Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Filipina David Almirol berjanji kepada para peserta, “Kerajaan ialah sekutu anda untuk kemampanan dalam pendigitalan.”
Bagi Ketua Pegawai Teknologi Kewangan MAS Sopnendu Mohanty, tumpuannya adalah terhadap “pemulihan” terutamanya untuk “perniagaan kecil-kecilan yang memerlukan banyak platform teknologi dan digital.”
Kolaborasi antara negara-negara celik digital — Filipina, Singapura, Indonesia, Hungary, Israel dan Jepun — melahirkan perkongsian yang berikut: Pusat Latihan Perdagangan Filipina Jabatan Perdagangan dan Industri dan Proxtera MAS; dan perjanjian-perjanjian individu Digital Pilipinas dengan Digitális Jólét Program Hungary; Affinidi; dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Indonesia.
Ketua Pegawai Eksekutif Coins.ph Wei Zhou mengakui, “Pengguna, modal dan projek PFF akan membantu memulakan” kolaborasi ASEAN.
Dihadiri oleh lebih 5000 orang, PFF membincangkan cabaran dan potensi yang melibatkan koperatif digital; data raya dan AI; Teknologi Insurans (InsureTech), Kewangan Hijau; Kewangan Terbuka; NFT, e-dompet dan mata wang digital; Teknologi Pendidikan (EduTech); Teknologi Kekayaan (WealthTech); Teknologi Pemasaran (MarkTech); Teknologi Pertanian (AgriTech); dan Teknologi Harta Benda (PropTech).
Mengambil bahagian dalam PFF ialah penyampai bersama Coins.ph dan para pengerusi Etiqa Philippines, Angkas, PayMongo, Union Bank of the Philippines, digiCOOP, ADVANCE.AI, NinjaVan Philippines, KPMG di Filipina, UNO Digital Bank, Creador, Globe, PruLife UK, ACUBELAW, Gorriceta Africa Cauton & Saavedra, Brankas, GCash, COL Financial dan Xendit Philippines. Penaja-penaja lain terdiri daripada Tech Exactly, StartUp Village, Bounce Back Philippines, Fintech Philippines Association, FinScore, Mapúa University dan GeiserMaclang.
Rakan-rakan media terdiri daripada Inquirer Group of Companies, Inquirer Mobile, Inquirer.Net, Philippine Daily Inquirer, The Philippine Star, Manila Bulletin, United Neon, Coinvestasi, dan CoinGeek.
Pemimpin-pemimpin kerajaan dan industri optimis dengan pertumbuhan berterusan ASEAN sebagai penjana digital bertaraf global.
Paling atas kiri: Rico Bautista, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Etiqa Philippines dan Presiden, Philippine Life Insurance Association Inc.; Bawah kiri: George Royeca, Ketua Pegawai Eksekutif Angkas; Barisan atas, dari kiri: Michael Calma, Pengurus Negara Filipina, ADVANCE.AI; Wei Zhou, Ketua Pegawai Eksekutif, Coins.ph; Yang Yang Zhang, Pengarah Urusan, Xendit Philippines, Amor Maclang, Pengerusi – Digital Pilipinas, WFF-Philippines, PFF; dan Winsley Bangit, Ketua Pegawai Eksekutif, G-Xchange, Inc. Baris kedua, dari kiri: Duta Israel Ilan Fluss; Duta Hungary Titanilla Tóth; Sopnendu Mohanty, Ketua Pegawai Teknologi Kewangan MAS; Penolong Setiausaha DICT David Almirol dan Triyono Gani, Pengarah Eksekutif, OJK.
Baris bawah dari kiri: Ann Cuisia, Ketua Pegawai Eksekutif TraXion Tech, Inc. /DigiCoop.ph; David Hardoon, Ketua Pegawai Data, Union Bank of the Philippines; Manish Bhai, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, UNO Digital Bank; Erika Dizon-Go, Naib Presiden Kanan Union Bank of the Philippines, Ketua Fintech Business Group, Ketua Open Finance and Digital Services Center of Excellence; dan John Aguilar, penerbit/hos The Final Pitch.
SOURCE Philippine FinTech Festival















