Digi tleha mengumumkan pelan prabayar baharunya bagi tahun 2021 yang kini dengan harga yang lebih menarik pada RM40 sebulan.

Kuota data baharu untuk Digi Postpaid ini juga telah dipermudahkan terutamanya bagi tujuan penggunaan hotspot tethering.

Setiap satunya masih lagi menawarkan panggilan tanpa had, sama seperti pelan Digi Postpaid pada tahun lepas.

Turut ditawarkan pilihan tambahan mengikut keperluan individu secara percuma dan juga berbayar. Bergantung pada jenis penambahan, pengguna boleh memilih lebih kuota data atau memilih data tanpa had. Serta rebat bagi kandungan berbayar dari gedung dalam talian Google Play, iOS App Store dan Digi Easy Add.

Pengguna juga boleh memilih sama ada mendapatkan Roam Like Home atau Digi Mobile Broadband. Bagaimanapun, kesemua pilihan penambahan ini didatangkan bersama-sama dengan kontrak wajib 12-bulan.

Digi Family

Selain dari penambahan berkenaan, Digi masih lagi mengekalkan pas internet biasa bagi pengguna yang ingin menambah kuota sedia ada. Setiap prinsipal pelan Digi Postpaid boleh menyokong sehingga enam talian suplimentari Digi Family tambahan yang kini ditawarkan pada separuh dari harga asal.

Bagi mendapatkan pelan pakej Digi Family 60, anda hanya boleh mendapatkan melalui pakej Digi Postpaid 60 dan ke atas. Begitu juga bagi Digi Family 90 yang memerlukan anda mendapatkan Digi Postpaid 90 dan ke atas.

Untuk pengguna yang memiliki lebih dari satu peranti, anda boleh berkongsikan kuota data Digi Postpaid ke peranti kedua dengan mendapatkan Gadget SIM bernilai RM10 sebulan tanpa perlu pengasingan bil.

Selain itu, pelan Digi Postpaid turut memberikan manfaat ke produk-produk Digi lain melalui rebat. Bagi pengguna pelan pascabayar Digi Postpaid 60 dan ke atas, Digi menawarkan rebat bagi produk Digi lain termasuk Digi Fibre dan Mobile Broadband.

Pengguna Digi sedia ada bagaimanapun tidak diwajibkan untuk mengambil pelan baharu ini dengan segera. Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan pelanggan tidak akan dimigrasikan secara automatik dan bebas memilih untuk kekal dengan pelan masing-masing.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Digi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.