Utama Telco Digi Digi perluas khidmat Fiber ke 3 Juta Pelanggan melalui Infrastruktur TM

Digi perluas khidmat Fiber ke 3 Juta Pelanggan melalui Infrastruktur TM

1008
0

Digi dan TM telah mengumumkan kerjasama baharu yang akan membolehkan Digi memperluaskan penawaran fibernya ke seluruh Malaysia. Kerjasama ini merupakan salah satu usaha mempertingkatkan kualiti kedua-dua pihak mempertingkatkan capaian akses internet untuk seluruh rakyat Malaysia.

Melalui kerjasama terbaru ini, Digi akan memanfaatkan infrastruktur TM dalam Perkhidmatan Rangkaian HSBB Layer 3. Sebelum ini Digi telah menjalinkan usahasama dengan Time dotCom, Allo Technology dan Celcom Timur bagi memperluaskan penawaran fibernya.

Setakat ini nilai kewangan usahasama ini masih belum didedahkan oleh kedua-dua pihak melalui pengumuman tersebut. Bagaimanapun, pengumuman tersebut menyertakan kenyataan dari Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Encik Loh Keh Jiat yang memaklumkan usahasama ini bakal memperluaskan capaian sehingga ke 3 juta pelanggan di seluruh Malaysia.

Perluasan ini turut melibatkan Sabah dan Sarawak, yang mana Digi Home Fibre pernah menjalankan projek rintis di Sabah tidak berapa lama dahulu.

Anda mungkin boleh mengunjungi laman web rasmi Digi untuk membuat semakan liputan kawasan-kawasan menawarkan perkhidmatan Digi Home Fibre.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.