Home Mobile Android Oppo bakal perkenalkan Teknologi Pengecasan Pantas 125W Minggu ini

Oppo bakal perkenalkan Teknologi Pengecasan Pantas 125W Minggu ini

12
0

Kebelakangan ini. pengecas pantas bersama-sama teknologinya sudah menjadi semacam satu keperluan pada mana-mana telefon pintar keluaran terbaru. Tahap tertinggi pengecasan pantas yang ditawarkan di pasaran adalah 65W.

Oppo bagaimanapun cuba untuk mengubah keadaan dengan mempertingkatkan lagi had kadar pengecasan bagi peranti-perantinya.

Berdasarkan kicauan yang dihantar melalui akaun rasmi Twitternya, Oppo menyatakan teknologi terbaru darinya ini mampu melakukan pengecasan pantas sehingga 125W. Pengumuman rasmi mengenai perkembangan ini dijadualkan berlangsung pada 15 Julai ini.

Teknologi pengecasan pantas bukanlah perkara yang baru di pasaran terutamanya bagi telefon pintar keluaran Oppo. Tahun lalu Oppo telah mempertontonkan teknologi SuperVOOC Fast Charge 2.0 SuperVOOC yang mampu mengecas sepenunhya telefon pintar berkapasiti bateri 4,000mAh dalam tempoh 30 minit sahaja.

Selain Oppo, Xiaomi juga membangunkan teknologi pengecasan ultra-pantasnya sendiri. Xiaomi pula telah memperkenalkan Supercharger 100W darinya yang mampu mengecas sesebuah peranti dari sifar ke 100% dalam tempoh 17 minit.

Untuk itu, kita nantikan sejauh mana keupayaan teknologi pengecasan pantas terbaru dari Oppo ini menerusi pengumuman rasminya esok.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.