Januari lalu Unifi telah melancarkan set-top box (STB) baharu untuk perkhidmatan IPTV yang dikenali sebagai Unifi TV Plus. Oleh kerana ianya merupakan peranti Android TV, STB berkenaan turut didatangkan bersama-sama aplikasi Unifi TV yang telah disenaraikan di Google Play.

Ketika itu pengguna tidak boleh menggunakan aplikasi berkenaan pada peranti Android TV lain. Bagaimanapun, selepas kemaskini versi 1.2.2 bertarikh 30 Jun 2020, aplikasi Unifi TV boleh digunakan pada peranti-peranti selain SZTB Unifi TV Plus.

Setakat ini pihak Unifi masih lagi belum mengetengahkan perkembangan terbaru ini kepada para pelanggannya. Hanya kenyataan maklumbalas dari pentadbir forum rasmi Komuniti Unifi sedikit sebanyak memberikan pengesahan perkembangan terbaru ini.

Perkembangan terbaru ini pastinya adalah sesuatu yang menarik melihat perubahan pada polisi Unifi sendiri. Ianya juga hadir beberapa hari selepas Astro telah mula menjalankan pengujian Android TV khas untuk perkhidmatannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.