Utama Perkakasan Intel Intel perluas siri CPU Desktop Intel Gen Ke-12 dan Cipset siri 600...

Intel perluas siri CPU Desktop Intel Gen Ke-12 dan Cipset siri 600 baharu

576
0

Intel telah mengumumkan sejumlah barisan produk baharunya yang merangkumi pemprosesan Mobile Alder Lake H-Series Generasi Ke-12, dan penyelesaian di bawah jenama Evo. Apa yang lebih penting, turut diumumkan pengeluaran CPU desktop paling berkuasa siri KS, Core i9-12900KS telah pun dimulakan.

Bersempena dengan acara CES 2022 yang kini sedang berlangsung, Intel juga telah menambah produk CPU Alder bukan siri K baharu bersama-sama set penyejuk (cooler) baharu dan cipset papan induk siri 600.

Secara keseluruhannya, sejumlah 22 buah CPU baharu yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu CPU arus perdana (mainstream) dan berkuasa rendah. Bagi kategori arus perdana, CPU berkenaan merangkumi pemprosesan dwi-teras Celeron G6900 sehingga di peringkat tertingginya Core i9-12900 yang mengandungi 16-teras dan 24 bebenang.

Untuk makluman, varian bukan K di dalam siri pemprosesan Intel ini merujuk pada pemprosesan berkuasa tinggi yang tidak boleh di’overclock’. Manakala, kesemua CPU Core arus perdana dengan huruf F di dalam senarai berkenaan pula merujuk kepada pemprosesan yang tanpa GPU berintegrasi.

Seterusnya, CPU desktop di dalam kategori Low Power pula ditandakan dengan huruf T. Varian ini hadir dengan klok asas dan yang dipertingkatkan pada kadar yang lebih rendah berbanding kategori arus perdana. Pun begitu, ia mempunyai kelebihan dari segi penggunaan kuasa yang lebih rendah iaitu 35W sahaja di dalam seluruh kategori ini.

Sebagai perbandingan, pemprosesan arus perdana yang paling rendah, Celeron G6900 mempunyai kadar penggunaan kuasa sebanyak 48W. Manakala bagi siri Core i3 berkenaan pula adalah 60W, dan seterusnya bermula dari SKU Core i5 ke atas pula ksemuanya mempunyai 65W.

Intel Core Generasi Ke-12 menggunakan soket Intel LGA170

Kesmeua CPU Intel Generasi Ke-12 ini menggunakan soke Intel LGA1700 baharu dengan harganya bermula dari US$42 (~RM176) hinggalah ke US$489 (~RM2050) bagi Core i9-12900. Pemprosesan-pemprosesan ini juga menampilkan senibina Intel dwi P-Core dan E-Core, serta akses ke Thread Director.

Tambahan dari pemprosesan baharu tersebut, Intel juga menyertakan kesemuanya dengan penyejuk (cooler) stok Laminar. Penyejuk stok untuk CPU ini kelihatan amat jauh berbeza dengan penyejuk stok yang didatangkan bersama-sama CPU Intel sebelum ini.

Akhir sekali, Intel turut memperkenalkan cipset papan induk siri 600 yang baharu. Ia merangkumi ketiga-tiga segmen SKU iaitu siri H670, B660, dan H610. Sebahagin dari cipset papan induk baharu ini akan mempunyai akses PCIe 4.0 sehingga ke 12 laluan, kecuali papan induk bercipset H610. Dalam pada masa yang cipset H610 juga tidak menyokong P-Core, E-Core, dan ‘overclock’ BCLK.

Walaubagaimanapun, kesemua papan-papan induk dengan cipset H610, B660, dan H670 didatangkan dengan integrasi teknologi Intel Wi-Fi 6E.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.