Utama Mobile Telco China ambil tindakan lebih tegas terhadap penyedia VPN

China ambil tindakan lebih tegas terhadap penyedia VPN

Tindakan yang lebih tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau organisasi yang cuba melepasi sekatan yang dikenakan oleh "The Great Firewall of China"

44
0

China sememangnya diketahui sering mengambil tindakan tegas terhadap penyedia perkhidmatan VPN di dalam negaranya. Ketegasan tersebut kini dilihat semakin keras melalui rang undang-undangn baharu yang dikuatkuasakan oleh Pentadbiran Ruang Siber.

Menerusi undang-undang baharu tersebut, tiada individu atau organisasi yang boleh menyediakan “program, alatan pelencongan (routes)”. Atau perkhidmatan lain yang memintas “gerbang keselamatan data rentas sempadan”.

Kesalahan boleh dikenakan denda 10 kali ganda dari nilai keuntungan yang dijana atau sehingga CNY500,000 (~RM326,500) bagi pelaku yang memegang jawatan pengurusan. Organisasi yang didapati bersalah juga mungkin boleh berdepan dengan pembatalan lesen perniagaan.

Tindakan ini bakal menyukarkan pelancong atau ekspatriat yang memerlukan VPN bagi mengakses ke emel rasmi untuk tujuan pekerjaan. Malah, VPN juga diperlukan untuk mengakses ke laman sosial luar negara dan rangkaian berita yang kebanyakannya disekat di China.

Walaubagaimanapun, kerajaan negara China memberikan pengecualian bagi syarikat-syarikat multinasional besar untuk membuat permohonan khas menggunakan VPN.

Pada tahun 2017, China telah mengambil tindakan terhadap sejumlah besar perkhidmatan VPN menerusi operasi membanteras secara besar-besaran.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.