Utama Telco CelcomDigi CelcomDigi bantu mangsa kebakaran Putra Heights kekal berhubung

CelcomDigi bantu mangsa kebakaran Putra Heights kekal berhubung

50
0

PETALING JAYA, 4 APRIL 2025 – Susulan insiden kebakaran yang berlaku baru-baru ini di Putra Heights, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) telah tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga-keluarga yang terjejas agar mereka kekal berhubung dalam tempoh sukar ini.

Satu pasukan sukarelawan telah menubuhkan kaunter bantuan di dua pusat pemindahan – Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia – bagi memenuhi keperluan komunikasi keluarga-keluarga yang terlibat. Bantuan yang diberikan termasuk pengecualian bil pascabayar, kredit prabayar, penggantian SIM dan pengagihan power bank.

CelcomDigi komited untuk memastikan keluarga-keluarga yang terkesan kekal berhubung dengan orang tersayang dan mendapat akses kepada perkhidmatan digital yang penting. Syarikat juga akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menyelaras usaha bantuan yang lebih menyeluruh dan berkesan kepada mereka yang memerlukan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.