Teknologi telekomunikasi tempatan bakal mengorak langkah besar apabila Celcom Axiata Bhd dan Ericsson telah menjalankan pengujian 5G semalam, 18 Mei 2017. Pengujian ini merupakan pertama seumpamanya dilakukan di Malaysia.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari menyatakan teknologi 5G amat penting dalam usaha menjayakan sasaran menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020.
“With the recent launch of the premier digital hub of the world’s first Digital Free Trade Zone and Kuala Lumpur Internet City, Malaysia envisions to be the epicentre of South-East Asia’s Internet economy.
“This will drive Malaysia to become one of the world’s largest purpose-built digital hub for technology giants and leading startups from around the globe.
“This is where 5G comes in and plays a key role in ensuring not only efficiency, but also to open a window of opportunity for digital players.
“Ultimately, 5G will be a solid foundation in creating a strong ecosystem to enable innovation,” ujar beliau di Kuala Lumpur pada Khamis baru-baru ini.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Michael Kuehner memberitahu bahawa Celcom sentiasa komited dalam membangunkan dan meneruskan evolusi rangkaiannya dengan teknologi terkini dan memberikan penggunaan digital terbaik untuk rakyat Malaysia.
“5G is very important to Celcom as it will support the development and meet the communication needs of consumers and digitisation of various industries. It is critical that we explore this new generation technology and its capabilities with global partners like Ericsson,” tambah beliau lagi.
Pada masa yang sama, Presiden Ericsson Malaysia dan Sri Lanka turut menerangkan kolaborasi di antara Celcom dan Ericsson ini menunjukkan sokongan syarikatnya dalam membawakan Malaysia mencapai ke arah teknologi 5G. Ini merupakan lanjutan dari kejayaan Pusat Inovasi 5G yang dibangunkan bersama-sama Universiti Teknologi Malaysia pada tahun lepas.
“Together with partners like Celcom, we will study and test this new technology to capture the full potential of 5G for consumers, business users and entire industries in the country,” tambah beliau lagi.
Bercakap pada sidang media kemudiannya, Kuehner turut menyatakan lebih banyak pengujian perlu dijalankan, termasuklah dari aspek teknikal dan juga perbincangan bersama-sama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkenaan peraturan dan pelaksanaan.
Rangkaian ini dijangka bakal diterima oleh pengguna-pengguna di Malaysia secara berperingkat di antara tahun 2020 hingga 2025. Manakala pengguna-pengguna global pula berpeluang menikmatinya seawal Februari 2018 pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan dan Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020.
Sumber berita dan imej diperoleh dari Digital News Asia