Utama Telco Celcom Celcom dan Digi selesai bergabung; Kini menjadi Syarikat Telekomunikasi terbesar di Malaysia

Celcom dan Digi selesai bergabung; Kini menjadi Syarikat Telekomunikasi terbesar di Malaysia

1021
0
Celcom Digi Gabung

Axiata Group Bhd, Telenor Asia Pte Ltd dan Digi.com Bhd (Digi) telah melengkapkan penggabungan operasi telekomunikasi di antara Celcom Axiata Bhd dan Digi.

Axiata menyatakan pihaknya mempunyai pegangan yang sama dengan Telenor di dalam Celcom Digi iaitu masing-masing 33.1% menerusi pemfailan dengan Bursa Malaysia pada hari ini. Baki selebihnya iaitu 33.8% lagi dipegang oleh KWSP, PNB, KWAP dan juga orang awam.

Penggabungan ini seterusnya menjadikan kedua-duanya sebagai sebuah teknologi tempatan terbesar yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan, Axia dan Telenor menyebut untuk tahun kewangan 2021 secara proforma, Celcom Digi akan menyediakan kepada kira-kira 20 juta pelanggan dengan jumlah pendapatan RM13 billion dan hasil sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sekitar RM5.8 billion.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.