Utama Android Xiaomi Foto Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro tertiris lebih awal dari tarikh...

Foto Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro tertiris lebih awal dari tarikh pelancarannya

459
0
Xiaomi 13 Leaks

Xiaomi 13 sebelum ini dilaporkan akan dilancarkan pada hari Khamis ini, 1 Disember 2022 dan kini, foto sebenar peranti berkenaan telah pun tersebar di seluruh internet. Dikongsikan oleh Sparrow News, imej berkenaan pada asalnya diperoleh dari pentiris maklumat di platform media sosial China Weibo.

Berdasarkan imej yang dikongsikan, Xiaomi 13 Pro kelihatan mempunyai saiz yang lebih besar berbanding Xiaomi 13 Standard. Malah, foto berkenaan juga dilihat sepadan dengan keterangan yang dikongsikan oleh Xiaomi pada laman rasmi Xiaomi di Weibo.

Selain itu, Xiaomi 13 Pro juga mempunyai kemasan kulit yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan pada bahagian belakangnya. Xiaomi sebelum ini pernah mengesahkan permukaan belakangnya akan diberikan kemasan dengan bahan yang berteknologi nano.Xiaomi 13 Leather Skin

Foto-foto yang tertiris juga menunjukkan kedua-dua kamera bagi peranti berkenaan. Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro dijangka akan menyediakan tri-kamera dan satu lampu flash LED. Sekali pandang, Xiaomi 13 kelihatan seperti rekaan iPhone 14. Cuma ia tidak mempunyai lensa kamera yang terbonjol.Xiaomi 13 RAM Storage

Walaubagaimanapun, foto berkenaan masih lagi dianggap sekadar desas-desus semata-mata selagi tiada foto rasmi peranti berkenaan dikongsikan oleh pihak Xiaomi. Setakat ini, diberitakan Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro akan dilengkapkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.0.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.