Utama Android Asus ASUS ROG Phone 5s secara rasminya memasuki pasaran Malaysia; RAM sehingga 18GB,...

ASUS ROG Phone 5s secara rasminya memasuki pasaran Malaysia; RAM sehingga 18GB, Harga dari RM2,999

42
0

ASUS secara rasminya telah melancarkan telefon khusus permainan mudah alihnya, ROG Phone 5s di Malaysia baru-baru ini. Boleh didapati dalam tiga variasi, siri ini merupakan kesinambungan dari ROG Phone 5 yang dilancarkan Mac lalu.

Perbezaan ketara antara kedua-dua model ini adalah pada penggunaan cipsetnya. Siri ROG Phone 5s menggunakan Snapdragon 888 Plus yang jelas menawarkan peningkatan pada prestasinya.

Telefon baharu keluaran ASUS ini juga mempunyai kadar tindak balas sentuhan 360Hz, berbanding 300Hz pada model sebelumnya.

Bagi model Pro, aksesori AeroActives 5 disediakan bersama-sama pembeliannya. Manakala bagi model standard pula, anda perlu membeli aksesori berkenaan secara berasingan pada harga RM149.

Harga ASUS ROG Phone 5s Malaysia

Harga bagi siri ASUS ROG Phone 5s di Malaysia adalah seperti berikut:

  • ROG Phone 5s RAM 8GB / storan 128GB: RM2,999
  • ROG Phone 5s RAM 16GB / storan 256GB: RM3,799
  • ROG Phone 5s Pro RAM 18GB / storan 512GB: RM4,999

Secara amnya, harga ROG Phone 5s di Malaysia ini mirip model keluaran yang terdahulu sungguhpun ketiadaan varian Ultimate di dalam siri ini.

Menjelang kemasukannya ke pasaran tempatan pada 21 Oktober ini, ROG Phone 5s telah mula dibuka pra-tempahannya di Lazada sejak dari jam 12 tengah malam tadi.

Anda juga boleh melakukan pra-tempahan menerusi Maxis Centre di seluruh negara.

Pelanggan yang membuat pra-tempahan akan ditawarkan dengan aksesori percuma berbentuk set kepala nirwayar ROG Strik Go 2.4. Dalam pada masa yang sama, pelanggan berkenaan turut diberikan diskaun RM100 bagi pembelian ROG Clip.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.