Utama Teknologi Canon tingkat usaha pemuliharaan alam sekitar di Sepilok, Sandakan

Canon tingkat usaha pemuliharaan alam sekitar di Sepilok, Sandakan

408
0
Young-Birders-visiting-Canon-booth-at-the-Borneo-Bird-Festival-2022

SHAH ALAM, 27 Oktober 2022 – Canon Marketing Malaysia (“Canon”) meningkatkan lagi usaha memupuk kesedaran orang ramai mengenai pemuliharaan alam sekitar dan aktiviti memerhati burung semasa Pesta Burung Borneo 2022. Acara itu berlangsung di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di Sepilok, Sandakan dari 22 hingga 23 Oktober. 

Selepas berehat selama dua tahun, acara yang merupakan salah satu daripada pesta alam semula jadi terbesar di Malaysia itu kembali diadakan bagi meraikan burung-burung Borneo yang mengagumkan serta keindahan landskap semula jadinya.

Dianjurkan bersama oleh Kelab Burung Borneo, Jabatan Perhutanan Sabah dan disokong oleh Lembaga Pelancongan Sabah; Pesta Burung Borneo ialah pesta memerhati burung tahunan yang dianjurkan khusus bagi memperingati burung-burung asli Borneo, dan pada masa sama menggalakkan aktiviti ekopelancongan dan membangkitkan isu pemuliharaan hidupan liar.

Sepanjang penganjurannya selama ini, acara itu telah berjaya membuktikan bahawa ia merupakan platform yang terbaik untuk menghimpunkan para pencinta alam semula jadi di samping mengeratkan lagi hubungan antara peserta tempatan dan antarabangsa. 

Pengarah Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej, Canon Marketing Malaysia, Hunter Zhang berkata, “Semangat di sebalik penganjuran Pesta Burung Borneo sememangnya selari dengan matlamat Canon dalam memupuk kesedaran mengenai alam semula jadi dan pemuliharaan. Di Canon, prinsip ‘Pengimejan untuk Kebaikan’ atau ‘Imaging for Good’ adalah cara untuk memupuk masyarakat yang lebih baik, berkarya dan merakamkan keindahan alam semula jadi dan hidupan liar untuk generasi akan datang.

Kami sememangnya amat berbesar hati kerana dapat menyokong komuniti pemerhati burung dengan berkongsi sentimen kami dari segi pemeliharaan hidupan liar, pengetahuan mengenai produk dan kepakaran untuk merakamkan detik visual yang menakjubkan.”

Beberapa siri aktiviti telah diadakan di sepanjang acara selama dua hari itu untuk pemerhati burung dan orang ramai seperti Bird Race, Bird Photo Race, Pameran, Bengkel, Kem Burung dan Ceramah mengenai Burung.

Di antara aktiviti yang menjadi tarikan utama semasa pesta tersebut ialah pertandingan Bird Race dan Fotografi Burung. Pertandingan ini sering menarik minat para pencinta burung dan jurugambar dari seluruh dunia. 

“Diilhamkan oleh falsafah Kyosei kami, Canon menyanjung tinggi komuniti pemerhati burung Malaysia. Kami komited untuk terus menyokong penganjuran acara memerhati burung yang akan datang dan akan terus memacu kemajuan teknologi untuk generasi pemerhati burung masa kini dan masa depan.

Kami mahu membantu mencipta masa depan yang lestari supaya komuniti fotografi dan pemerhati burung Malaysia dapat terus berkembang maju dalam tahun-tahun yang akan datang” tambah Zhang

Canon menaja hadiah hampir RM4500 untuk pertandingan Bird Photo Race sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memupuk minat terhadap fotografi dan mengeratkan lagi hubungan dengan komuniti pemerhati burung di Malaysia.

Pengarah Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej, Hunter Zhang berkongsi tentang inisiatif Canon di peringkat negara dan serantau yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar; dan Liew WK, Duta EOS Canon berkongsi pengalamannya dalam bidang fotografi burung dengan Canon EOS R7. 

Syarikat itu turut mempamerkan rangkaian penuh kamera EOS siri-R (EOS R3, EOS R5, EOS R6 & EOS R7 & EOS R10), lensa telefoto super EF & RF (EF400 Mark III, EF600 Mark III, RF600, RF800 & RF1200) dan teropong mereka bagi membolehkan para peserta menerokai kehebatan produk Canon pada sesi “Touch & Try”.

Para pengguna Canon yang berkunjung ke reruai itu turut menikmati pemeriksaan kamera dan lensa percuma yang dikendalikan secara khusus oleh pakar produk kamera Canon.

Canon komited untuk menjadi kuasa besar dalam bidang pengimejan dan teknologi global yang lestari, ia sememangnya tidak asing dalam usaha menyebarluaskan kesedaran mengenai keperluan untuk membentuk operasi perniagaan dan usaha pemuliharaan alam sekitar yang lestari.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Canon untuk memupuk komuniti fotografi burung tempatan, syarikat itu turut mengambil bahagian dan menaja Minggu Burung Taiping yang akan diadakan pada 29 dan 30 Oktober 2022 di Perak. Semasa acara itu, para hadirin boleh mengunjungi reruai Canon yang didirikan sama seperti pada Pesta Burung Borneo.  

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Minggu Burung Taiping, sila kunjungi:

https://www.facebook.com/taipingbirdweek2022/

Hunter-Zhang,-Canon

Pengarah Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej, Canon Marketing Malaysia, Hunter Zhang menyampaikan ceramah mengenai inisiatif pemuliharaan alam sekitar Canon

Canon-EF-RF-super-telephoto-lenses

Para pengunjung mencuba lensa telefoto super EF & RF pada sesi “Touch & Try” 

Liew-WK,-EOS-Ambassador-Canon-EOS-R7

Duta EOS Canon, Liew WK, berkongsi pengalamannya dalam bidang fotografi burung dengan Canon EOS R7

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.