Xiaomi mengungguli kedudukan di tempat pertama sebagai telefon pintar paling laris di Malaysia bagi suku pertama tahun 2021.

Firma analisis pasaran, Canalys melaporkan Xiaomi menguasai 28% jualan telefon pintar di Malaysia dalam tempoh tersebut. Ini bermakna, Xiaomi mencatatkan peningkatan yang amat drastik dari tahun lalu sebanyak 319%.

Peningkatan ini turut disumbangkan oleh pelancaran telefon pintar keluaran Xiaomi baharu seperti Mi 11, Redmi Note 10 dan juga sub-jenamanya yang lain, POCO.

Selain Xiaomi, analisis berkenaan turut melaporkan empat jenama teratas telefon pintar di Malaysia. Di tangga kedua, Vivo mengekori dengan 21% penguasaan. Diikuti dengan Samsung di tangga ketiga iaitu 17%, serta OPPO dan realme dengan masing-masing menguasai 14% dan 8%.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.