Nilai Bitcoin telah menjunam ke paras terendahnya dalam bulan ini dengan lebih dari RM40,000 nilainya hilang pada bulan ini sahaja. Setakat ini nilai kriptowang berada di sekitar RM130,000 secara purata, dan ia merupakan nilai terendah yang pernah disaksikan dalam tempoh 16 bulan ini.

Kebanyakan pakar berpendapat penurunan nilai Bitcoin ini didorong oleh kejatuhan mendadak nilai Terra (Luna). Sebelum ini Terra dianggap sebagai stablecoin yang paling bernilai diantara 10 kriptowang paling laris.

Nilai Luna menjunam ke paras 98% dalam tempoh semalaman sahaja, menjadikan nilainya kurang dari USD1 (~RM4.40), jauh berbeza ketika nilainya memuncak pada US$120 (~RM527) sebulan yang lalu. Keadaan ini telah mencetuskan kesan domino terhadapĀ stablecoin lain seperti Tether yang turut menurun nilainya kepada kurang dari USD1.

Malah Ethereum, nilai kriptowang kedua paling bernilai dan paling banyak dilombong hari ini turut menyaksikan nilainya kini merosot di bawah paras RM10,000, kurang dari nilai purata sebelum ini iaitu RM13,000.

Keadaan ini telah menyebabkan sebahagian pelabur Bitcoin menjadi panik dan mula menjual saham masing-masing kerana menjangkakan nilai kriptowang terbabit akan menurun lagi.

Tinggalkan komentar