Utama Microsoft Bill Gates enggan untuk disenaraikan lagi sebagai Antara Individu Paling Kaya di...

Bill Gates enggan untuk disenaraikan lagi sebagai Antara Individu Paling Kaya di Dunia

346
0
Bill Gates Vaccines
Bill Gates | Imej dari GettyImages

Nama Bill Gates seringkali dikaitkan dengan Microsoft, namun sejak akhir-akhir ini beliau sering menggiatkan diri di dalam aktiviti sumbangan amal melalui Bill & Melinda Gates Foundation sejak dari tahun 2000.

Bermula dari itu, yayasan amal berkenaan telah menyumbangkan lebih dari $79 billion (~RM351 billion) dalam pelbagai inisiatif melibatkan kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

Rabu lalu, Bill Gates telah menyatakan hasrat untuk tidak menjadi kaya lagi menerusi satu hantaran di Twitter. Beliau juga berhasrat untuk menyumbangkan semula hasil pendapatan beliau kepada mana-mana pihak yang lebih memerlukan. Dalam hantaran tersebut juga, beliau mengumumkan sumbangan tambahan sebanyak $20 billion (~RM88 billion) untuk yayasan tersebut.

Berdasarkan Indeks Billionaire Bloomberg, Bill Gates kini berada di kedudukan keempat manusia terkaya di dunia. Menerusi sumbangan $20 billion tersebut, dijangkakan akan membawa kedudukan beliau ke tempat kelapan senarai tersebut. Menghampiri kedudukan rakan baik beliau Warren Buffet yang kini berada di tangga ketujuh.

Beliau turut menyatakan terima kasih terhadap sumbangan besar Warren Buffet kepada Bill & Melinda Gates Foundation. Hampir separuh daripada dana di dalam yayasan tersebut disumbangkan oleh Warren Buffet sahaja.

Yayasan berkenaan juga mensasarkan untuk meningkatkan perbelanjaan tahunan dari $9 billion (~RM40 billion) setahun menjelang 2026. Peningkatan dari $6 billion (~RM26 billion) setahun seperti yang dibuat sekarang.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.