Isi Kandungan
Tidak seperti Windows 8, Windows 10 direka dengan lebih khusus untuk mengoperasikan komputer peribadi yang menggunakan papan kekunci dan tetikus. Justeru, dijangkakan pengguna Windows 7 tidak akan merasa canggung apabila beralih ke sistem operasi baharu dari Microsoft ini.
Tambahan pula, sekembalinya butang Start dan ketiadaan ciri Metro sepertimana yang ada pada Windows 8 menjadikan transformasi dari Windows 7 ke Windows 10 lebih lancar.
Bagaimanapun, Windows 10 bukanlah 100% sebijik macam Windows 7. Kalau sama, baik tak payah kata sistem operasi baru. Oleh itu, terdapat beberapa ciri penambahbaikan disediakan pada Windows 10, seperti;
Integrasi akaun Microsoft
Perkara pertama yang perlu dilakukan selepas pertama kali anda memasang Windows 10, anda akan diberikan arahan untuk log masuk menggunakan akaun Microsoft. Ia hampir sama seperti mana pengguna Windows 8. Atau mana-mana peranti moden lain seperti iPhone dan Mac yang memerlukan akaun Apple mahupun Android dan Chromebook yang perlukan pendaftaran akaun Google.
Penyelarasan tetapan pada desktop PC akan dilakukan melalui akaun Microsoft pengguna. Selain itu juga, anda akan log secara automatik ke perkhidmatan Microsoft lain seperti OneDrive, Office dan lain-lain. Untuk perkhidmatan seperti Windows Store, pemilikan akaun Microsoft merupakan satu mandatori.
Bagaimanapun, bagi pengguna yang tidak ingin untuk mendaftar akaun Microsoft, anda bebas untuk log masuk secara dalaman seperti yang biasa dilakukan pada Windows terdahulu seperti Windows XP, Vista dan Windows 7.
Menu Start baharu
Menu Start kelihatan berbeza jika dibandingkan dengan versi Windows 7. Ciri Live Tiles yang terdapat pada skrin Start Windows 8 masih boleh diketemukan. Namun begitu, ia bukanlah salah satu ciri kekal. Pengguna masih bebas untuk menyingkirkannya jika tidak berminat untuk menggunakan ciri live tiles ini.
Universal Apps dan Windows Store
Kebanyakan aplikasi yang hadir bersama Windows 10 adalah universal apps. Ia merupakan pewaris kepada ِkepada aplikasi Metro atau Store dari Windows 8. Berbeza dengan Windows 8, aplikasi ini boleh digunakan pada tetingkap desktop.
Pengguna boleh memperoleh aplikasi-aplikasi khas Windows 10 ini melalui Windows Store. Bagaimanapun, pemasangan aplikasi-aplikasi desktop lain masih lagi boleh dimuat turun melalui pelayar internet dan dipasang seperti biasa.
Aplikasi tetapan (Settings app) dan Panel Kawalan (Control Panel)
Pilihan Settings yang diakses dari menu Start akan membawa pengguna terus kepada aplikasi Settings. Ia merupakan kesinambungan dari aplikasi PC Settings yang hadir di Windows 8. Ia direka dengan ciri yang lebih mesra pengguna berbanding panel kawalan (Control Panel) Windows sebelum ini.
Bagaimanapun, ia tidak memaparkan keseluruhan jenis tetapan. Para pengguna masih lagi perlu menggunakan panel kawalan (Control Panel) untuk melakukan ubahsuai tetapan yang lebih terperinci. Cara mengakses ke panel kawalan ini adalah melalui butang kanan tetikus pada menu Start. Atau, pengguna boleh melakukannya dengan kombinasi papan kekunci logo Windows + X. Lebih kurang sama seperti di Windows 8.1
Pilihan Refresh dan Reset juga mengalami perubahan besar-besaran jika dibandingkan dengan apa yang ada pada Windows 8. Ia memudahkan pengguna memulihkan kembali keadaan komputer kepada keadaan asal tanpa perlu melakukan proses format PC.
Bahagian tetapan bagi tiap versi Windows 10 adalah tidak sama pada setiap versinya. Misalnya, pada versi Windows 10 Home, pengguna tidak boleh mematikan fungsi kemaskini automatik (automatic updates), sebaliknya hanya pengguna Windows 10 Professional sahaja yang boleh melakukan fungsi tersebut.
Cortana dan Task View pada Taskbar
Taskbar Windows mengalami sedikit perubahan. Di dalam Windows 8, Microsoft telah menyingkirkan butang Start dan menggantikannya dengan ikon-ikon program tertentu. Tetapi, pada Windows 10, bukan hanya butang Start muncul kembali, malah ia hadir bersama penambahbaikan ruangan “Search the web and Windows”. Ia secara automatik akan melancarkan aplikasi pembantu Microsoft Cortana selain dari butang Task View yang memaparkan segala tetingkap program yang sedang dijalankan dan juga yang dari desktop maya (virtual desktop).
Sedikit mengenai Cortana dari Amanz.my : Bagi mereka yang tidak mengenali akan Cortana, ia merupakan pembantu digital daripada Microsoft – menawarkan fungsi lebih kurang seperti Siri dan Google Now. Melaluinya, pengguna boleh berinteraksi secara semulajadi dan mendapatkan pelbagai info dan peringatan melaluinya.
Secara lalai (default), tetapan ini telah pun disediakan. Pengguna boleh mematikan fungsi dengan hanya menekan butang kanan tetikus pada taskbar dan pilih untuk sorokkan (hide) pilihan Search and Task View.
Micorosoft Edge menggantikan Internet Explorer
Internet Explorer sudah bukan lagi menjadi pelayar utama sistem operasi Windows. Ianya sudah digantikan dengan Microsoft Edge. Bagaimanapun, ia masih lagi boleh diperoleh khusus untuk kegunaan organisasi-organisasi tertentu yang masih lagi memerlukan akses kepada enjin rendering lama. Ini kerana pelayar Microsoft Edge tidak menyokong ciri-ciri yang ada pada Internet Explorer seperti kawalan ActiveX dan pemalam-pemalam (plug-ins) yang lain.
Penambahbaikan Desktop dan Ciri Keselamatan
Mana-mana penambahbaikan desktop yang boleh diperoleh dari Windows 8 masih lagi ada pada Windows 10. Anda mungkin tidak perasan penambahbaikan ini jika masih belum pernah menggunakan Windows 8. Task Manager misalnya, ia telah ditambahbaik dengan memaparkan penggunaan sumber sistem pada paparan yang lebih terperinci serta lebih mudah difahami oleh pengguna. Windows Explorer juga telah dijenamakan semula kepada File Explorer dan turut ditambah dengan ciri “ribbon”. Melalui File Explorer ini, ia menawarkan ciri-ciri baharu seperti kotak dialog pemindahan fail yang lebih terperinci dan juga membolehkan pengguna Windows memuatkan (mount) fail imejan ISO tanpa perlu menggunakan perisian pihak ketiga.
Dari sudut keselamatan pula, Windows 10 turut hadir dilengkapi dengan Windows Defender. Ia sama seperti yang terdapat pada Windows 8 sebelum ini, cuma ia dijenamakan semula kepada Microsoft Security Essentials. Oleh itu, kesemua sistem operasi Windows telah pun dilengkapi dengan perlindungan antivirus yang asas. Selain itu, fungsi SmartScreen sehingga kini amat berkesan menghalang sebarang muat turun fail merbahaya dan diragui dari menjahanamkan komputer anda.
Akhir kalam
Ini merupakan sebahagian daripada penambahbaikan yang hadir pada sistem operasi Microsoft Windows 10 selain dari perubahan kosmetik pada dulang sistem (tray sistem) seperti pusat notifikasi (notification center), ikon jumlah penggunaan tenaga, rangkaian dan bunyi. Windows 10 turut memuatkan fungsi Game DVR, di mana ia memudahkan pengguna untuk merakam dan melakukan penstriman (streaming) permainan video pada komputer (a.k.a. PC Master Race). Windows juga melakukan pengubahsuaian (tweaks) terperingkat dengan pengurangan penggunaan ruang storan cakera, masa boot yang lebih pantas serta perlindungan yang jauh lebih berkesan berbanding generasi sistem operasi yang terdahulu.
Walaupun mengalami banyak perubahan, Windows 10 adalah lebih mudah diterima oleh pengguna komputer desktop berbanding Windows 8. Ia turut hadir dengan mod Tablet yang perlu disetkan secara manual oleh pengguna – tetapi pada tablet, mod ini akan aktif secara automatik.
Langkah yang bijak oleh Microsoft kerana tidak memaksa pengguna memakai “mod tablet” pada komputer desktop seperti yang pernah dilakukan pada Windows 8 sebelum ini. Janggal sungguh bila guna “tablet” pakai keyboard dan mouse.
Saya dah mencuba Windows 10 Technical Preview dari awal lagi dalam program Windows Insider. Memang banyak perubahan yg dilakukan…
Serupa macam artikel ni je…
http://www.howtogeek.com/219034/here%E2%80%99s-what%E2%80%99s-different-about-windows-10-for-windows-7-users/
great artikel!tapi ada orang kata kalau PC tak pakai touch screen tak nak upgrade pun takpe..