Bilangan RAM DDR4 di pasaran kini semakin bertambah sungguhpun RAM DDR3 masih lagi digunakan oleh sebahagian pengguna PC di Malaysia. Berdasarkan situasi ekonomi semasa, tidak menghairankan masih ada lagi pengguna-pengguna yang memilih untuk kekal menggunakan sistem komputer yang menggunakan memori DDR3.
Pun begitu, harga DDR4 2400 berspesifikasi bajet kini sudah tidak jauh bezanya dengan DDR3 1600. Misalnya, harga untuk RAM 8GB DDR4 2400 adalah sekitar RM329, manakala RAM 8GB DDR3 1600 pula adalah sekitar RM309.
Namun, untuk menggunakan RAM DDR4, pengguna perlu menukar keseluruhan papan induk berserta cip pemprosesannya sekali. Hal ini tentunya memerlukan kos yang lebih besar untuk menaik taraf spesifikasi perkakasan.
Untuk jangka panjang, penggunaan DDR4 masih lagi mendatangkan kelebihan buat pengguna yang menaik taraf memori sistem komputer masing-masing sementara menantikan pengeluaran DDR5. Terdapat keunikan tersendiri pada DDR4 yang memberikannya kelebihan berbanding DDR3. Antaranya;
Isi Kandungan
Voltan yang lebih rendah
Pertama sekali, DDR4 boleh dioperasikan pada voltan yang lebih rendah berbanding DDR3, di mana ia dioperasikan pada 1.2 volt, berbanding 1.5 volt pada DDR3. Beza voltan ini tidak mendatangkan perbezaan yang besar bagi pengguna PC biasa di rumah.
Namun, perbezaan ini memberikan kesan yang besar terhadap pusat-pusat data yang memerlukan kapasiti RAM yang lebih besar serta jumlah komputer pelayan yang lebih banyak.
Kadar pemindahan data
Perbezaan ketara lain di antara DDR4 dengan DDR3 adalah dari segi kelajuannya. Spesifikasi DDR3 bermula dari 800 MT/s (Jutaan per saat atau Millions of Transfers per second) hingga 2133. Manakala bagi DDR4 pula, ia bermula 2133 dan untuk model berprestasi tinggi, ia menawarkan sehingga 2666. Peningkatan kelajuan ini memberi makna peningkatan terhadap lebar jalur secara keseluruhannya.
Peningkatan kelajuan bagaimanapun turut mempengaruhi tahap kependamannya (latency). Cuma, kependaman pada DDR4 ini telah ditutupi dengan peningkatan kelajuan klok. Menjadikannya hampir sama dengan tahap kependaman pada memori DDR2 dan DDR3.
DDR3-1600 dioperasikan pada kependaman CL11, yang memerlukan 13.75 nanosaat untuk memulakan aktivitibaca. DDR4-2133 pula pada CL15 dan memerlukan masa sebanyak 14.06 nanoseconds untuk mula membaca.
Keseluruhannya
Perbezaan di antara memori DDR3 dan DDR4 mampu menawarkan prestasi yang berbeza terutamanya terhadap sistem komputer berspesifikasi permainan. Untuk jangka panjang, penggunaan DDR4 mampu memberikan ruang yang lebih besar buat pengguna untuk menaik taraf perkakasan sistem komputer pada masa akan datang.
Imej cover diperoleh dari HyperXGaming
Apa beza ddr4 2133 dengan 2400?..adakah sama dari segi bentuk atau tidak?..andai kata laptop saya 2133p tapi saya terbeli 2400p adakah sama ?