Home Komputer 4 Aplikasi terbaik untuk membuat Analisa storan PC Windows 10

4 Aplikasi terbaik untuk membuat Analisa storan PC Windows 10

518
0

Apabila storan di dalam PC Windows 10 hampir penuh, mungkin anda sudah boleh mempertimbangkan untuk membuang fail-fail yang tidak diperlukan di dalamnya. Bagaimanapun, tahap kesukaran kerja-kerja pembersihan fail-fail tidak diperlukan bergantung pada penggunaan sesebuah komputer berkenaan.

Sesetengah pengguna mungkin berasa mudah, tetapi ada juga yang berasa kerja ini melecehkan dan ditambah dengan susunan fail-fail direktori di dalam storan yang berterabur.

Bagaimanapun, terdapat beberapa aplikasi yang dapat membantu anda membuat analisa jenis-jenis direktori dan fail yang memenuhkan ruangan storan PC anda. Berikut adalah aplikasi-aplikasi berkenaan:

SpaceSniffer

Aplikasi ini mempunyai antaramuka dan paparan visual yang ringkas. Visual yang ringkas ini memudahkan pengguna menelusuri nama-nama direktori di dalam sesebuah storan.

Satu lagi kelebihan aplikasi ini adalah ia turut menyediakan versi portable yang boleh dimuat turun. Versi portable aplikasi ini boleh dimuatkan ke dalam pemacu USB dan digunakan terus tanpa perlu sebarang pemasangan pada sesebuah PC.

Di bahagian atas bar menu, anda juga boleh memperincikan dengan lebih lanjut kandungan di dalam sesebuah direktori di dalam storan anda. Paparan ringkas yang dipaparkan oleh aplikasi ini juga amat membantu dalam memaparkan saiz sesebuah fail atau direktori.

WinDirStat

Sesetengah pengguna mungkin lebih gemar melihat paparan visual secara ‘tree view’ berbanding bentuk ’tile’. Aplikasi WinDirStat menggabungkan kedua-dua paparan ini.

Ciri unik ini mungkin dapat memudahkan kerja menganalisa fail dan direktori di dalam sesebuah storan PC. Bagaimanapun, aplikasi ini tidak menyediakan versi portable.

HDGraph

Terdapat sebuah lagi aplikasi menganalisa kandungan di dalam sesebuah storan PC Windows 10. HDGraph menawarkan ciri paparan visual berbentuk carta pai yang mewakili fail-fail dan direktori-direktori di dalam sesebuah storan.

Fungsi yang ditawarkan oleh aplikasi ini adalah hampir sama dengan dua aplikasi yang dinyatakan sebelum ini. Apa yang membezakannya adalah ciri minimalis antaramukanya yang mungkin menarik minat sesetengah pengguna. Selain itu, aplikasi ini turut menawarkan versi portable.

Windows Storage Settings

Fungsi menganalisa ruangan storan Windows yang disediakan pada Windows 10 tidak kurang hebatnya dalam membantu pengguna menganalisa ruang storan. Pengguna boleh mengakses ke tetapan ini dengan menaipkan kata kunci “storage” di dalam kotak carian.

Tetapan ini amat membantu dalam membersihkan fail-fail sementara yang digunakan oleh Windows seperti fail kemaskini terdahulu, recycle bin, temporary program files, error logs dan banyak lagi. Selain itu, di dalam bahagian “System & reserved”, anda boleh mengubah kapasiti yang boleh digunakan oleh System Restore.

Turut disediakan fungsi ‘storage sense’ yang membantu anda menggunakan ruang storan anda dengan lebih berkesan.

Bagaimanapun, tetapan ini tidak boleh membuat analisa ruangan storan yang digunakan oleh direktori-direktori lain di dalam storan anda.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.