Gambar bekas skematik yang dikatakan merujuk kepada iPhone 14 baru-baru ini telah tertiris dan jika ia sahih, kemungkinan besar iPhone Mini tidak akan hadir ke iPhone keluaran berikut.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh 9to5Mac, seorang pengguna di Weibo telah menghantar satu foto yang didakwa sebagai gambar bekas skematik siri iPhone 14. Jika tepat, Apple dijangkakan tidak menyertakan iPhone Mini dan hanya menawarkan saiz iPhone Max dan standard sahaja.
Pengguna berkenaan juga mengatakan iPhone 14 dan iPhone 14 Max berkenaan kelak mungkin akan mengekalkan ciri rekaan bertakuk pada paparan hadapannya. Manakala iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max pula kelak akan menawarkan rekaan baharu berciri berpenebuk lubang berbentuk pil.
While the regular iPhone 14 will keep the diagonal lens, the Pro versions will apparently follow the trend of the same three lenses and a LiDAR scanner. Although Twitter user ShrimpApplePro posted that this schematic appears sooner than expected, 9to5Mac covered almost a year ago the case schematics of the iPhone 13 line.
The Weibo user also points out that “according to previous rumors, the iPhone 14 Pro will use an exclamation point camera design, while the iPhone 14 and 14 Max are still designed with the notch.”
Tidak dapat dipastikan sama ada gambar skematik yang tertiris ini datangnya dari salah satu pembekal-pembekal Apple. Namun, berdasarkan desas-desus yang tertiris kebelakangan ini, maklumat ini agak konsisten.
Mungkin sudah tiba masanya kita mengucapkan selamat tinggal buat iPhone mini dan diharapkan Apple menampilkan rekaan ‘kecil-kecil cili padi’ yang lebih berkuasa menerusi iPhone SE yang akan datang.













