Home Panduan Panduan Permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300 PENJANA

Panduan Permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300 PENJANA

48
0

Menjaga anak-anak bukanlah tugas yang mudah terutamanya jika anda melakukannya bersendirian. Ibu-ibu tunggal yang berhadapan dengan cabaran akibat dari kesan pandemik COVID-19, pihak kerajaan telah menawarkan bantuan melalui program Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT). Bayaran sekali sebanyak RM300 akan diberikan kepada pemohon yang layak.

Program ini merupakan sebahagian dari peruntukan RM35 billion Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan sejumlah RM102 juta diperuntukkan bagi membantu 300,000 ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).

Permohonan untuk Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) dibuka sehingga 31 Oktober 2020 dan bayaran akan dibuat terus ke akaun bank pemohon bermula dari Julai sehingga November ini.

Syarat-syarat permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

Pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu;

  • Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
  • Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami yang tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama atau;
  • Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak iaitu anak angkat atau anak tidak sah taraf.

Selain itu, pemohon mestilah warganegara Malaysia yang tinggal di dalam negara dengan pendapatan kurang dari RM960. Menurut halaman soalan-soalan lazim, permohonan yang ditolak masih dibenarkan untuk membuat rayuan.

Cara memohon Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mengikut negeri pemohon.

Oleh kerana borang ini menggunakan Google Form, pemohon dikehendaki melog masuk melalui akaun Google masing-masing atau mendaftar akaun Google baharu jika tidak mempunyainya. Seterusnya, ikuti langkah berikut;

  1. Log masuk ke akaun Google pemohon.
  2. Seterusnya, pemohon boleh mengisi borang permohonan berdasarkan negeri masing-masing seperti pautan di bawah.
  3. Lengkapkan butiran yang dikehendaki.
  4. Klik pada butang ‘Submit’ pada halaman terakhir borang berkenaan.

Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) boleh didapati menerusi laman web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita atau di talian 03-8323 1000.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.