Home Komputer ASUS ASUS umumkan Motherboard Z490 untuk CPU Intel Gen Ke-10

ASUS umumkan Motherboard Z490 untuk CPU Intel Gen Ke-10

160
0

Kehadiran siri pemprosesan Intel baharu pastinya memerlukan papan induk (motherboard) yang baharu juga. ASUS merupakan di antara pengeluar terawal mengumumkan cipset untuk papan induk Z490.

Siri papan induk terbaru bercipset Z490 dari ASUS ini turut merangkumi siri keluaran ROG, ROG Strix, TUF Gaming dan Prime.

Keluaran terbaru menerusi siri ASUS ROG menampilkan lebih dari tiga buah model papan induk berkualiti tinggi dan bergred permainan komputer. Ini merangkumi model-model seperti Maximus XII Extreme, Maximus XII Formula, dan Maximus XII Hero (Wi-Fi).

Hadir dengan kad Thunderbolt EX 3-TR, Maximus XII Extreme turut dilengkapkan dengan teknologi pin-pin pepejal ProCoold dan OptiMem III dari ASUS. Kedua-dua teknologi papan induk khusus dari ASUS ini turut ditawarkan pada model Maximus XII Formula, dan Maximus XII Hero (Wi-Fi).

ASUS ROG Strix Z490-I Mini-ITX

Port dwi-Ethernet 2.5Gb dan 10Gb hanya terdapat pada Extreme dan Formula. Manakala untuk Hero (Wi-Fi) pula port Ethernet keduanya hanya mampu mencapai kelajuan sehingga 5Gbps sahaja. Ini disebabkan model papan induk ini khusus untuk pengguna yang cenderung pada sambungan nirwayar dan penjimatan tenaga.

Untuk barisan siri ROG dan ROG Strix pula, terdapat empat buah model baru diperkenalkan. Ianya adalah ROG Strix Z490-E, Z490-I Gaming, Z490-A Gaming, dan Z490-G Gaming (Wi-Fi). Hanya di dalam siri ini menawarkan pilihan mini-ITX Z490. Siri ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri premium papan induk ASUS melalui 8+2 power stage VRM  melalui penyejukan aktif.

Kesemua papan induk siri ROG dan ROG Strix didatangkan dengan sokongan slot NVMe M.2, USB-C 3.2 dan juga DDR4 RAM pada frekuensi sehingga 4800MHz.

Seterusnya, TUF Gaming Z490-Plus (Wi-Fi), menjadi satu-satunya papan induk siri ini yang mempunyai sokongan untuk Intel Comet Lake-S. Menampilkan PCB enam lapisan, rekaan power stage 12+2, dan sokongan Wi-Fi 6, dua slot PCIe x16 dan slot NVMe M.2 SSD.

Terakhir sekali adalah ASUS Prime Z490M-Plus, sama seperti keluaran sebelumnya, siri Prime mengutamakan ciri mampu milik dan tahan lasak. Untuk port rangkaian, papan induk ini hanya menawarkan satu Intel Gigabit Ethernet sahaja, serta port UBS 3.2 (Type-A dan Type-C) serta dwi-slot untuk SSD – M.2 dan NVMe.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.