Sempena memenangi Anugerah Platinum untuk Anugerah Putra Brand 2020, Astro sekali lagi memberikan akses menonton secara percuma beberapa saluran-saluran filem.

Pemberian ini dibuat sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan dan kesetiaan yang diberikan oleh para pelanggannya.

Menurut laman berita Astro Awani, tawaran ini dapat diakses oleh seluruh pelanggan Astro bermula dari hari ini sehingga 21 Februari 2021.

Amtara saluran-saluran yang ditawarkan termasuklah HBO (CH411 HD/CH431), FOX Movies (CH413 HD/CH433), FOX Action Movies HD (CH415), FOX Family Movies HD (CH414), HITS Movies HD (CH401), CINEMAX (CH412 HD/CH432) dan TVN Movies HD (CH416).

Pada masa yang sama, Astro turut menawarkan akses percuma untuk semua pek saluran kanak-kanak, berita (kecuali Sky News) sehingga 18 Februari 2021. Kesemua saluran berkenaan turut boleh dinikmati melalui Astro Go.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.