Penghujung tahun 2020 lalu telah memperlihatkan peralihan pengguna antara rangkaian-rangkaian telekomunikasi di Malaysia. Laporan dari Opensignal, firma pemantau industri telekomunikasi menyatakan pengguna rangkaian Digi dan U Mobile mengalami pengurangan.

Bilangan pengguna rangkaian Celcom dan Maxis pula didapati semakin bertambah. Justeru, membawa kepada perubahan pergerakan bilangan pengguna antara rangkaian telekomunikasi.

Berbeza dengan tahun 2019, pengguna Maxis, Celcom dan Digi telah mengalami pengurangan dengan rangkaian Unifi dan U Mobile pula yang mengalami pertambahan pengguna.

Faktor jurang harga yang ditawarkan antara syarikat-syarikat telekomunikasi yang semakin rapat serta kestabilan rangkaian turut menyumbang kepada perubahan ini. Rangkaian-rangkaian MVNO juga dilaporkan mengalami pengurangan yang drastik pada bilangan penggunanya pada tahun lepas.

Opensignal turut memperlihatkan data pengguna-pengguna yang beralih keluar dari rangkaian sedia ada ini disebabkan pengalaman rangkaian mudah-alih yang teruk. Tambahan pula, dalam keadaan PKP ini telah memaksa lebih ramai pengguna bergantung pada capaian internet yang baik untuk tujuan kerja dan pembelajaran dari rumah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.