Utama Mobile Aplikasi Astro alami gangguan perkhidmatan, Kandungan Astro Go dan On Demand turut terjejas

Astro alami gangguan perkhidmatan, Kandungan Astro Go dan On Demand turut terjejas

1076
0
Masalah Astro Tergendala Streaming Session Failed

Sebahagian pengguna Astro dilaporkan sedang mengalami gangguan perkhidmatan dan pihak Astro telah mengesahkan masalah teknikal tersebut yang berlaku sejak petang semalam.

Masalah teknikal ini turut menjejaskan akses ke kandungan Astro Go dan juga One Demand. Sesetengah pengguna turut mengadu mengalami gangguan ketika melakukan penstriman kandungan dan kesukaran memuatkan panduan program elektronik (electronic programme guide, EPG).

Pihak Astro telah mengambil maklum isu berkenaan pada jam 7.44 malam tadi. Walaubagaimanapun, sesetengah pengguna dilaporkan telah mengalami masalah tersebut seawal jam 6 petang semalam. Masalah ini tidak hanya melibatkan pengguna Astro Go, malah turut memberi kesan terhadap pengguna yang menggunakan Astro Ultra Box dan juga Astro Ulti Box.

Masalah Astro “Streaming session failed”

Berdasarkan aduan yang dikongsikan oleh pengguna menerusi laman sosial, didapati terdapat mesej ralat yang tertera “Streaming session failed – Connection was interrupted. Press [back] and play the programme again. If problem persist, please check your network.” pada skrin.

Setakat artikel ini ditulis, Astro masih belum memaklumkan bilakah isu ini dapat diselesaikan. Menurut hantaran dari Astro di Twitter rasminya, pihaknya sedang melakukan kerja-kerja pembaikan perkhidmatan tersebut secepat mungkin.

Imej pengatas dari @aniq8676

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.