Utama Teknologi Elon Musk: Tambang ke Planet Marikh dijangka sekitar RM425,000, Dianggap “Mampu Dibeli”...

Elon Musk: Tambang ke Planet Marikh dijangka sekitar RM425,000, Dianggap “Mampu Dibeli” oleh orang ramai

1005
0

Elon Musk, menyatakan harga sekitar RM425,000 bagi tambang untuk pergi ke Planet Marikh adalah “mampu dibeli” oleh kebanyakan orang. Syarikat beliau, SpaceX merancang untuk membina bandar lestari di planet berkenaan dalam dekad yang akan datang.

Menerusi wawancara beliau dengan Ketua Bahagian Persidangan TED, Chris Anderson yang diterbitkan Isnin lalu, Elon Musk telah ditanya mengenai harga bagi perjalanan ke planet Marikh sama ada ia mampu mencapai sekitar ratusan ribu dollar sehala.

Menurut beliau, harga yang ditawarkan perlu mengambil kira faktor ekonomi. Namun perlu juga memastikan harga tersebut masih lagi mampu menarik minat sejumlah pengguna yang berminat untuk membina sebuah bandar di Planet Marikh.

“If moving to Mars costs, for argument’s sake, $100,000, then I think almost anyone can work and save up and eventually have $100,000 and be able to go to Mars if they want,”

Sebelum ini Elon Musk telah menganggarkan harga tambang sehala ke Planet Marih sekitar $100,000 (~RM425,000) hingga $500,000 (~RM2.13 juta). Pada tahun 2020, beliau pernah menyatakan hasrat untuk membina 1,000 pesawat SpaceX dalam tempoh 10 tahun bagi menghantar seramai 1 juta orang ke Marikh menjelang 2050 untuk membina sebuah bandar di planet berkenaan. Beliau juga pernah menyatakan manusia pertama dijangka mampu menjejakkan kaki ke Marikh adalah pada tahun 2029.

 

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.