Utama Teknologi Kecerdasan Buatan AS jalankan siasatan terhadap DeepSeek bagi Mengehadkan Penggunaan Cip AI

AS jalankan siasatan terhadap DeepSeek bagi Mengehadkan Penggunaan Cip AI

37
0

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat sedang menyiasat sama ada DeepSeek menggunakan teknologi semikonduktor AS yang dilarang, menurut laporan oleh Reuters. Memetik sumber yang rapat dengan hal ini, siasatan ini berikutan kebimbangan terhadap kemajuan China di dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan kemungkinan pelanggaran sekatan eksport cip termaju AS.

DeepSeek baru-baru ini telah memperkenalkan pembantu AI percuma yang dilaporkan beroperasi dengan keperluan data yang lebih rendah. Kos pembangunannya juga amat kecil jika dibandingkan dengan model yang dibangunkan oleh AS.

CPU NVIDIA Grace (Gambar Hiasan) – Imej dari NVIDIA

Sambutan yang diterimanya amat menggalakkan dalam waktu yang singkat. Ia menjadi aplikasi yang paling banyak dimuat turun di Apple App Store dalam tempoh beberapa hari ia diperkenalkan kepada umum. Pelancarannya juga memberikan kesan terhadap pasaran saham hingga mengakibatkan jualan stok saham teknologi AS secara besar-besaran dengan nilai anggaran kira-kira US$ 1 trillion.

AI dan Cip

Kerajaan AS sebelum ini mengenakan sekatan eksport terhadap cip AI berprestasi tinggi terutamanya keluaran NVIDIA untuk menghalang penggunaannya di China. Langkah ini diambil bagi mengehadkan China dari mendapatkan akses terhadap teknologi semikonduktor termaju yang mampu meningkatkan keupayaan AI yang dibangunkannya. Bagaimanapun, terdapat laporan yang mendakwa cip-cip AI telah diseludup ke China melalui orang tengah di beberapa negara seperti Singapura, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bercakap kepada Reuters, wakil dari NVIDIA mengambil maklum kebanyakan pelanggannya berurusan sebagai entiti perniagaan di Singapura untuk transaksi melibatkan produk-produk untuk pasaran AS dan negara-negara barat lain. NVIDIA juga menjelaskan pihaknya mewajibkan para pelanggannya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika didapati terdapat sebarang pelanggaran.

DeepSeek memaklumkan pihaknya menggunakan cip NVIDIA H800 yang pada ketika itu masih boleh dibeli secara sah pada tahun 2023. Dalam pada masa yang sama, syarikat yang membangunkan AI ini turut dilaporkan mempunyai akses ke cip NVIDIA H20, yang juga masih dibenarkan untuk dieksport ke China. Pentadbiran Presiden Biden sebelum ini mempertimbangkan untuk menyekatkan cip-cip tersebut. Perbincangan untuk mewujudkan kawalan baharu juga sedang dijalankan di bawah pegawai-pegawai Presiden Trump yang baharu dilantik.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.