Putera Mahkota Arab Saudi mengumumkan projek pembinaan Mirror Line yang disasarkan mampu menempatkan sehingga 5 juta penduduk.

Menurut laporan dari Wall Street Journal, projek yang mengandungi dua buah blok bangunan hampir 150 tingkat ini mempunyai ketinggian mencecah 487 meter dengan panjangnya menjangkau 120km.

Projek yang dijangka menelan belanja hingga $1 trillion dan mengambil masa 50 tahun untuk disiapkan ini turut dilengkapi dengan tren berkelajuan tinggi di bawah bangunan tersebut untuk memudahkan pergerakan penduduknya.

Kemudahan lain yang turut disediakan di dalam kompleks bangunan berkenaan merangkumi sebuah stadium pada ketinggian 300 meter, marina kapal layar dan pertanian menegak (vertical farming) bagi membolehkan penduduknya mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.Saudi Arabia The Mirror Line-Stadium

Penduduk juga perlu membayar yuran langganan bagi perkhidmatan bekalan sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Mirror Line terdiri daripada dua buah bangunan dengan bentuk yang sama merentasi kawasan gurun dan gunung-ganang di sekitarnya dengan turut menyediakan rangkaian ruang pejalan kaki.Saudi Arabia The Mirror Line-Marina

Projek ini juga merupakan sebahagian dari projek pembangunan bandar terancang yang dinamakan sebagai Neom. Ia juga disasarkan untuk menjadi sebuah bandar bebas kereta dan sifar pencemaran.

Tinggalkan komentar