Utama Mobile Aplikasi Setel kini boleh digunakan untuk Bayaran Parkir di Subang Jaya, Kuala Langat...

Setel kini boleh digunakan untuk Bayaran Parkir di Subang Jaya, Kuala Langat & Teluk Intan

552
0
Setel Bayaran Parkir Online

Pengguna aplikasi Setel kini boleh membuat pembayaran untuk parkir di sekitar kawasan di bawah majlis perbandaran Subang Jaya, Kuala Langat dan Teluk Intan. Berdasarkan laman soalan-soalan lazimnya, buat masa ini hanya tiga kawasan perbandaran terbabit menerima sokongan fungsi bayaran tersebut.

Untuk mengakses fungsi tersebut, anda perlu menatal hingga ke bahagian bawah hingga menemukan ikon Parking di halaman utama Setel. Sebaik anda mengetiknya, satu paparan akan menunjukkan sama ada Street Parking atau Automated Parking bergantung pada lokasi di mana anda berada.

Seterusnya, ketik pada butang Park Now dan satu peta akan dipaparkan dengan satu pin yang menandakan lokasi semasa anda.

Selain dari cara tersebut, anda juga boleh memilih mana-mana antara tiga majlis perbandaran di dalam ruangan carian dan pilih lokasi dari senarai yang ditunjukkan. Sebaik sahaja anda mengesahkan lokasi anda, pilih jenis kenderaan dan tempoh parkir sebelum menekan butang ‘Pay’. Anda juga diberikan pilihan untuk melanjutkan tempoh parkir melalui fungsi Extend Duration di dalam pemasanya.

Selain dari fungsi parkir di jalanan, Setel turut menawarkan fungsi bayaran parkir automasi di Suria KLCC dan Kompleks Dayabumi. Setel juga giat memperkenalkan penawaran baharu di dalam aplikasinya seperti pengecasan EV, GrabPay, integrasi Setel Express dan aplikasi pendamping Apple Watch.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.