Utama Apple Apple dikatakan akan memperkenalkan peranti boleh lipat menjelang 2023

Apple dikatakan akan memperkenalkan peranti boleh lipat menjelang 2023

1913
0
Imej pengolokan dari LetsGoDigital

Apple dilaporkan sedang merancang untuk melancarkan peranti boleh lipat pertamanya menjelang tahun 2023. Desas-desus mengatakan kemungkinan kemunculan iPhone boleh lipat ini dinyatakan oleh akhbar Business Korea.

Akhbar berkenaan juga menyatakan usaha ini adalah bagi menyaingi siri Samsung Galaxy Z Fold dan Z Flip.

Laporan berkenaan menyebut syarikat berpangkalan di Cupertino ini akan menjalinkan usahasama dengan LG bagi tujuan tersebut. Antara yang disebut-sebut adalah sebuah iPhone akan dihasilkan yang mirip dengan Galaxy Z Flip.

Samsung masih lagi menguasai pasaran peranti paparan boleh lipat dunia. Menurut analisis Display Supply Chain Consortium (DSCC), penguasaan Samsung adalah lebih dari 75%.

Maklumat terkini mengenai peranti boleh lipat Apple ini bagaimanapun tidak menyatakan maklumat tambahan spesifikasinya. Jika laporan dari akhbar berkenaan adalah tepat, iPhone boleh lipat mungkin akan diperkenalkan dalam tempoh lebih kurang tiga tahun dari sekarang.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.