Utama Apple Apple umumkan Apple Pencil versi lebih murah dengan Pengecas USB-C

Apple umumkan Apple Pencil versi lebih murah dengan Pengecas USB-C

118
0

Apple telah mengumumkan Apple Pencil versi lebih murah yang didatangkan bersama-sama port USB-C. Aksesori iPad berkenaan berharga $79 (~RM374) dan didatangkan dengan penutup bergelongsor yang menempatkan port USB-C. Ia juga boleh dilekatkan secara magenetik pada sisi iPad.

Sesuai dengan harganya, Apple Pencil ini tidak didatangkan ciri-ciri seperti yang terdapat pada generasi pertama dan kedua. Ia tidak menyokong sensitiviti tekanan, pemadanan dan pengecasan secara nirwayar, dan ciri ketikan berganda untuk bertukar jenis berus di dalam aplikasi. Bagaimanapun, ia masih menyokong ciri layangan (hover) untuk iPad Pro M2.

Apple Pencil model pertama menggunakan penyambung Lightning yang perlu dijulurkan ke port iPad untuk mengecaskannya. Model generasi kedua pula boleh dicaskan secara nirwayar, namun tidak tersuai dengan iPad Generasi Ke-10 yang dilancarkan pada tahun lepas.

iPad Generasi ke-10 dengan Apple Pencil -Gambar dari Apple

Untuk Apple Pencil USB-C yang akan hadir seawal November ini tersuai dengan sejumlah model iPad termasuk

  • iPad Pro 12.9-inci dari generasi ke-3 sehingga generasi ke-9
  • iPad Pro 11-inci dari generasi pertama sehingga generasi ke-4
  • iPad Air dari generasi ke-4 sehingga generasi ke-5
  • iPad generasi ke-10
  • iPad mini generasi ke-6

Apple melancarkan versi kedua Apple Pencil pada 2018, dan kemudian sering dirujuk sebagai Apple Pencil 2. Ia membawakan banyak penambahbaikan dari model asal dengan menawarkan ciri seperti pengecasan nirwayar, boleh melekap secara magnetik pada sisi iPad (iPad dengan sisi yang rata), dan sokongan kawalan gestur.

Bagaimanapun, penambahbaikan tersebut didatangkan dengan kenaikan harga pada RM599 sebatang, berbanding generasi pertama yang berharga RM479.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.