Utama Apple Apple Pay kini di Malaysia; Sokong Maybank, AmBank, dan Standard Chartered

Apple Pay kini di Malaysia; Sokong Maybank, AmBank, dan Standard Chartered

647
0
Apple Pay Malaysia Maybank Ambank Standard Chartered

Akhirnya kini salah satu ciri yang paling dinanti-nantikan oleh pengguna Apple tempatan, Apple Pay telah memasuki pasaran Malaysia. Sebelum ini terdapat banyak tanda-tanda yang menunjukkan ia akan hadir.

Apple Pay pertama kali diumumkan pada September 2014 ketika pelancaran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus sebelum ia mula ditawarkan kepada pengguna-pengguna di Amerika Syarikat pada bulan berikutnya. Bagaiamanapun, projek pembangunannya sudah pun dimulakan seawal Januari 2013 menurut sebuah pojok di dalam akhbar The New York Times.

Melalui kemasukan rasmi Apple Pay ini telah menjadikan Malaysia negara yang kesembilan di kalangan negara-negara di rantau Asia Pasifik, dan yang kedua di dalam Asia Tenggara selepas Singapura yang telah menerimanya sejak dari April 2016.

Senarai kad-kad bank yang menyokong Apple Pay di Malaysia

Setakat ini bank-bank yang menawarkan sokongan memautkan kad-kad pembayaran masing-masing ke Apple Pay termasuklah Maybank, AmBank dan Standard Chartered. Berikut adalah senarai kad-kad di Malaysia yang boleh ditambahkan ke dalam Apple Pay setakat ini:

Maybank Visa

  • Maybank Visa Infinite Diamante Card
  • Maybank Visa Infinite Card
  • Maybank Manchester United Visa Infinite Card
  • Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i
  • Maybank Visa Signature Card
  • Maybank FC Barcelona Visa Signature Card
  • Maybank Shopee Visa Platinum Card
  • Petronas Maybank Visa Platinum Card
  • Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i
  • Maybank 2 Visa Platinum Card
  • Maybank Visa Platinum Card
  • Maybank Manchester United Visa Card
  • Maybank Manchester United Visa Limited Edition 2022 Credit Card
  • Petronas Maybank Visa Gold Card
  • Maybank 2 Visa Gold Card
  • Maybank Visa Gold Card
  • Maybank Visa Classic Card
  • Maybank Visa Debit Card
  • Maybank Manchester United Visa Debit Card
  • Maybank Manchester United Visa Limited Edition 2022 Debit Card
  • Maybank FC Barcelona Visa Debit Card
  • Tokyo 2020 Maybank Visa LED Debit Card
  • Maybank MAE Debit Card
  • Maybank Visa Manchester United Prepaid Card

Maybank Mastercard

  • Maybank World Mastercard Card
  • Maybank Islamic World Mastercard Ikhwan Card
  • Maybank Grab Mastercard Platinum Black Card
  • Maybank Grab Mastercard Platinum White Card
  • Maybank 2 Mastercard Platinum Card
  • Maybank Mastercard Platinum Card
  • Maybank Islamic Mastercard Ikhwan Platinum Card
  • Maybank 2 Mastercard Gold Card
  • Maybank Mastercard Gold Card
  • Maybank Islamic Mastercard Ikhwan Gold Card
  • Maybank Mastercard Platinum Debit Card
  • Maybank Mastercard Classic Card

Standard Chartered Visa

  • Standard Chartered Smart Credit Card
  • Standard Chartered Visa Platinum
  • Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Standard Chartered Mastercard

  • Standard Chartered WorldMiles Mastercard
  • Standard Chartered JustOne Platinum Mastercard
  • Standard Chartered Liverpool FC Cashback Mastercard
  • Standard Chartered Platinum Mastercard Basic

AmBank Visa

  • AmBank SIGNATURE Priority Banking – The Metal Visa Infinite Credit Card
  • AmBank SIGNATURE Priority Banking Visa Infinite Credit Card
  • AmBank SIGNATURE Priority Banking Visa Infinite Credit Card-i
  • AmBank/AmBank Islamic Visa Infinite
  • AmBank/AmBank Islamic Visa Signature Card
  • AmBank Cash Rebate Visa Platinum Card
  • AmBank BonusLink Visa Card
  • AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card
  • AmBank/AmBank Islamic Visa Platinum Card

AmBank Mastercard

  • AmBank Business Platinum Mastercard

Apple Pay merupakan kaedah pembayaran secara nirtunai yang boleh dilakukan pada terminal pembayaran kad menggunakan NFC. Terminal-terminal kad yang menerima kaedah pembayaran nirsentuhan Mastercard dan Visa boleh digunakan untuk membuat transaksi pembayaran menggunakan Apple Pay dengan menyentuh iPhone atau Apple Watch pengguna pada terminal. Selain itu, Apple Pay juga boleh digunakan di dalam pelayar web Safari pada iPhone, iPad dan Mac. Perkhidmatan ini juga boleh menyokong pembayaran untuk aplikasi dan permainan di dalam App Store.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.