Utama Mobile Aplikasi Apple Pay akan hadir ke CIMB pertengahan tahun 2023

Apple Pay akan hadir ke CIMB pertengahan tahun 2023

728
0
Apple Pay CIMB

CIMB Malaysia sedang mengusahakan untuk menyediakan fungsi Apple Pay kepada para penggunanya. Perkhidmatan Apple Pay pada minggu lepas telah diperkenalkan secara rasminya di Malaysia pada minggu lepas dengan kebanyakan bank sudah pun menyediakan sokongan terhadap fungsi tersebut.

Bagaimanapun, CIMB buat masa ini masih lagi belum menyediakan fungsi berkenaan kepada para pelanggannya. Ia dijangka akan ditawarkan pada pertengahan tahun 2023, menurut Ketua Pegawai Teknologi dan Data Kumpulan CIMB Malaysia Ros Yusoff.

Selain Apple Pay, CIMB pada ketika ini turut menyediakan sokongan Samsung Pay dan dijangkakan penyediaan perkhidmatan ini tidak akan mengambil masa yang lama kerana berdasarkan pengalamannya sebelum ini.

Sokongan perkhidmatan Apple Pay kini ditawarkan di Malaysia melalui kad kredit dan debit terpilih dari Maybank, AmBank dan Standard Chartered.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.